Translate

26 June 2023

Bekas Ahli Parlimen Labuan bebas tuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan



Bekas Ahli Parlimen Labuan bebas tuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan

Bernama

Jun 26, 2023
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Rozman, 59, di akhir kes pendakwaan. - Gambar fail

Bekas Ahli Parlimen Labuan bebas tuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Rozman, 59, di akhir kes pendakwaan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli daripada pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM), lima tahun lepas.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Rozman, 59, di akhir kes pendakwaan.

"Tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri. Pasport tertuduh dan wang jaminan (RM100,000) dikembalikan," kata hakim itu.



Rozman didakwa atas pertuduhan sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi LLPM, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 5 hrs ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 26 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 5 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 5 hrs 40 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 5 hrs 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 29 mins ago
A visitor from Muar town viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 6 hrs 35 mins ago