Translate

22 April 2023

Imam terlupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang

 Imam terlupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang

Astro Awani

April 22, 2023

Imam terlupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang
Kira-kira 500 kanak-kanak di bawah 12 tahun menerima duit raya daripada pihak pengurusan masjid ini

Imam terlupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang

Kira-kira 500 kanak-kanak di bawah 12 tahun menerima duit raya daripada pihak pengurusan masjid ini. - Astro AWANI

JERANTUT: Solat sunat Aidilfitri diulang kali semula buat kali kedua apabila berlaku kekhilafan yang diikuti kira-kira 3,000 jemaah yang berlaku pada jam 8.45 pagi ini.

Kejadian ini berlaku di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) apabila imam tidak melakukan lima kali takbir di rakaat kedua.

Sejurus memberi salam, imam tersebut terus mengakui kekhilafannya dan mahu mengulangi solat sunat itu kali kedua kira-kira jam 8.55 pagi.



Seorang jemaah, Zulkifli Abdullah memuji tindakan yang dilakukan oleh imam tersebut.

"Imam terus akui kekhilafannya dan mahu mengulangi semula solat ini," katanya.

Seorang lagi jemaah, Rosman Hashim berkata, ketika berlaku kekhilafan itu, imam tersebut meneruskan sehingga ke tahiyat terakhir dan memberi salam.

"Imam terus mengakui dengan memaklumkan kekhilafannya melalui pembesar suara dan mahu diulang solat ini, Alhamdulillah solat sunat berjalan lancar pagi ini," katanya.

Selesai khutbah, kira-kira 500 kanak-kanak di bawah usia 12 tahun menerima duit raya daripada pengurusan masjid ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala terengganu viewed 'Spanish police' 17 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 13 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 13 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'November 2014' 14 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Peniaga rugi lebih RM278,000 angkara penipuan dala' 14 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 14 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 35 mins ago