Translate

01 May 2025

Peniaga rugi lebih RM278,000 angkara penipuan dalam talian



Peniaga rugi lebih RM278,000 angkara penipuan dalam talian

Bernama

01/05/2025


Mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku wakil institusi latihan kerajaan dan membuat sembilan transaksi ke lapan akaun berbeza. -Gambar hiasan/Unsplash


KUANTAN: Seorang peniaga kerugian lebih RM278,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian tidak wujud minggu lepas.

Seorang peniaga kerugian lebih RM278,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian tidak wujud minggu lepas.

Mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku wakil institusi latihan kerajaan dan membuat sembilan transaksi ke lapan akaun berbeza.

Mangsa menyedari diperdaya setelah gagal menghubungi suspek dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya mangsa iaitu lelaki berusia 35 tahun menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali kononnya wakil daripada sebuah institusi latihan kerajaan.

Beliau berkata suspek telah membuat tempahan barangan yang diniaga mangsa selain meminta peniaga itu membekalkan cenderahati melalui pihak ketiga yang disyorkan suspek sendiri.

"Meskipun belum menerima sebarang penghantaran bagi pesanan cenderahati, tanpa curiga mangsa telah membuat sembilan transaksi ke lapan akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan syarikat berjumlah lebih RM278,000.

"Bagaimanapun, mangsa menyedari diperdaya setelah gagal menghubungi kedua-dua suspek berkenaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.


-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED