Empat lelaki disyaki terlibat samun, menyamar polis ditahan
Empat lelaki disyaki terlibat samun, menyamar polis ditahan
Bernama
27/05/2025

Hussein berkata keempat-empat lelaki warga tempatan berusia 33 hingga 38 tahun itu ditahan di empat lokasi berasingan, iaitu di Dengkil, Bukit Puchong, Bukit Raja, dan Klang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun sebuah rumah di Semenyih dengan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian awal bulan ini.
Empat lelaki tempatan berusia 33 hingga 38 tahun ditahan kerana menyamar sebagai polis dan menyamun sebuah rumah di Semenyih; mereka ditahan di empat lokasi berasingan dan polis merampas kenderaan serta barangan berkaitan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, dan polis masih mengesan rakan sejenayah yang masih bebas; orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.
Suspek menyamar dengan memakai vest polis dan pelitup muka sebelum memecah masuk rumah mangsa dan melarikan barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai; orang ramai diingatkan agar berwaspada terhadap taktik penyamaran seperti ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Seri Hussein Omar Khan berkata keempat-empat lelaki warga tempatan berusia 33 hingga 38 tahun itu ditahan di empat lokasi berasingan, iaitu di Dengkil, Bukit Puchong, Bukit Raja, dan Klang antara 1.15 pagi hingga 5.32 petang pada Sabtu lepas.
Beliau berkata dalam operasi itu, polis turut merampas sebuah kenderaan Perodua Myvi berwarna kuning bersama tiga telefon bimbit dan beberapa pakaian suspek dipercayai digunakan dalam kejadian samun berkenaan.
"Tiga daripada yang ditahan direman empat hari hingga hari ini, manakala seorang lagi diberi jaminan polis pada Ahad lepas.
"Siasatan masih dijalankan bagi mengesan rakan sejenayah yang masih bebas sebelum kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hussein berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Beliau turut menasihati masyarakat supaya sentiasa berwaspada dengan modus operandi suspek yang menyamar dan memperdaya mangsa dengan memakai jaket (vest) polis untuk membuat sebarang pemeriksaan.
"Jika terdapat maklumat sebegini, sila salur atau laporkan perkara ini kepada mana-mana balai polis yang berdekatan ataupun berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Insp Ghazali Zulkifli di talian 016-9140758 bagi membantu siasatan," katanya.
Terdahulu, tular satu video rakaman kamera litar tertutup di media sosial menunjukkan lima lelaki menyamar sebagai anggota polis yang menyamun mangsa, seorang pesara lelaki berumur 55 tahun, bersama tiga ahli keluarganya di sebuah rumah.
Suspek memakai pelitup muka serta dua daripada mereka memakai vest polis masuk ke dalam rumah mangsa dengan memecah masuk pintu hadapan rumah sebelum melarikan beberapa barang kemas, dua telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM500.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2025
(6631)
-
▼
May 2025
(1002)
- Tengku Zafrul Tidak Terikat Akta Anti Lompat Parti...
- PM Anwar tiba di Singapura, hadiri Dialog Shangri-...
- Sabah graft probe must follow due process, says Anwar
- Penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR mampu perkukuh ...
- Highway corruption: MACC seizes assets, freezes ac...
- President Trump and Elon Musk on Elon's 130 days w...
- PKR belum terima permohonan rasmi keanggotaan Teng...
- PKR must be warned, UMNO must demand RM100 million...
- Emas dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan...
- Polis tahan tokan dadah, rampas hampir 70kg ganja ...
- Seorang maut, empat cedera kemalangan babitkan dua...
- JAKIM lapor polis, MCMC berhubung sindiket penipua...
- Mahkamah Rayuan tolak permohonan injunksi ad inter...
- UMNO belum terima surat peletakan jawatan Tengku Z...
- SPRM sita aset RM12 juta milik Tan Sri pemegang ko...
- Zon larangan berhenti di lima jalan utama di Georg...
- Manchester United Comeback to beat Hong Kong 3-1
- 3 Maut Kereta Bertembung Bas Ekspres
- APAD batal lesen pengendali syarikat lori batu rag...
- Tengku Zafrul keluar UMNO, mohon sertai PKR | 30 M...
- Vape Dadah Rosakkan Hati, Otak Bernilai RM3.29 Jut...
- PELAJAR BERTEKAK DENGAN GURU TAMPIL BERI PENJELASAN
- Dua peniaga menyamar polis, rogol pelajar universiti
- US court jails ex Goldman's Tim Leissner over 1MDB...
- Saya sudah ada 'plan' - Rafizi
- PLUS jangka lonjakan trafik lebih dua juta kendera...
- Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN...
- Imigresen gempur sembilan kilang, 114 pendatang ta...
- Pegawai JPJ gagal isytihar pelupusan harta dalam s...
- Orang ramai dinasihat lebih berhati-hati beli pake...
- Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam,...
- JAKIM bekerjasama dengan KPDN pantau pemegang siji...
- Aset rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$118.70 bi...
- Rogol isteri orang, Long Tiger dijel 12 tahun dan ...
- Tan Sri antara 3 individu ditahan, aset RM500 juta...
- Pensyarah Diperintah Bayar RM400,000 Kepada Hannah...
- Sertai kabinet? KJ tak terfikir kembali ke politik...
- Penempatan ribuan PATI diserbu dalam Operasi Kachi
- Perancis anugerah penghormatan tertinggi kepada Pr...
- Kes rasuah: Bekas pegawai polis masuk penjara sele...
- Ancaman siber dipacu AI melonjak di Malaysia, data...
- KPJ Healthcare raih untung bersih RM57.1 juta bagi...
- Sultan Pahang doakan kesihatan Sultan Brunei, tita...
- Polis gempur banglo jadi 'sarang' sindiket penipua...
- Penunggang motosikal maut ditemukan bersama ratusa...
- SPRM sita aset RM32 juta dari kediaman 'Tan Sri'
- BUS EKSPRES TERBAKAR SELEPAS SERET MOTOSIKAL- 28 P...
- Ahmad Diallo and Garnacho should be fined for show...
- Syarikat, bekas Timbalan Pengarah JAS didakwa lupu...
- Ramanan selar pihak tertentu sebar fitnah guna nam...
- Sultan Selangor kurnia watikah pelantikan 32 individu
- 530 kes demam denggi direkodkan di Melaka
- Pembantu perubatan didakwa curi lori jana kuasa
- Menteri Kabinet ucap selamat Hari Wartawan Nasional
- Kertas siasatan pempengaruh disyaki hantar gambar ...
- Fahmi Zainol tidak letak jawatan Exco, ikrar ikut ...
- Sidang Media Tan Sri Shafee Abdullah isu penghinaa...
- Ryan Giggs suprise Sultan Pahang!
- Man United star Amad Diallo raises middle finger t...
- ENAM PUSAT SEMBELIH AYAM DISERBU AYAM MATI SEBELUM...
- Tujuh Surat Minta Pengesahan Kewujudan Titah Adend...
- Selangor bakal rombak kabinet? Nama Amirudin diseb...
- KPDN Selangor tahan lima lelaki seleweng kemudahan...
- Kenderaan terjunam dalam gaung, bapa dan anak pere...
- Polis Gombak lumpuhkan dua sindiket dadah, rampasa...
- Lelaki warga Bangladesh didakwa lakukan amang seks...
- Kejayaan atasi Manchester United tingkat keyakinan...
- “Saya tinggalkan Kabinet, bukan perjuangan.” - Nik...
- Chelsea win UEFA Conference League 24/25 beating R...
- Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Perjumpaan bersa...
- Rombakan kabinet?Menteri sedang bercuti tak boleh ...
- GARA-GARA KENA HON
- GURU NAFI HERDIK PELAJAR BUAT LAPORAN MINTA POLIS ...
- KEJADIAN JAM 4 PAGI DI JALAN KEBUN SULTAN KOTA BHA...
- Tekong darat maut, 7 PATI cedera kereta dikejar APMM
- Chang Lih Kang, Tan Kar Heng nafi tarik sokongan k...
- Keputusan Rafizi, Nik Nazmi letak jawatan tindakan...
- Ringgit rendah berbanding dolar AS
- PM Anwar ucap tahniah, ASEAN-All Stars tewaskan Ma...
- Tiga ditahan, 700 saman dikeluarkan pada Op Khas K...
- JCorp mentakrif semula ekonomi Johor
- Elon Musk leaves Trump administration - White House
- Bank Negara imposes penalties on four financial in...
- Man United Shocked By ASEAN All Stars team in Mala...
- ASEAN ALL STARS - MAN. UNITED Penyokong United ban...
- Polis Buka Kertas Siasatan Kes Guru Marah, Aibkan ...
- Maut Dilanggar Lamborghini
- 83 Pati Kena Cekup Di Dua Gudang Di Shah Alam
- 'Siapa beritahu', soal Anwar
- Jadual KTM Komuter, ETS alami perubahan sementara ...
- Dadah: Mahkamah kekalkan hukuman penjara 30 tahun ...
- BNM kenakan penalti atas empat institusi kewangan ...
- Pelancong dari negara ASEAN, Timor Leste digalak g...
- Dua sahabat mengaku tidak salah rompak enam kedai ...
- Semua idea Rafizi tidak akan ditinggalkan – Izzah
- Nik Nazmi resigns as NRES Minister effective July ...
- PM Anwar meets Manchester United CEO Omar Berrada ...
- "BAS PINK" PUNCA PEMUDA KERETA MITSUBISHI MAUT
- SUAMI KEJAR KERETA LELAKI BAWA LARI ISTERI KE BALA...
- Rafizi resigns from Cabinet effective June 17, 2025.