Translate

24 March 2023

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka

 Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka

Bernama

Mac 24, 2023Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka

Sebanyak RM3.6 juta DKD Persembahan Muzik 2022 diluluskan pada tahun lepas, yang memberi tumpuan kepada penganjuran acara berbentuk persembahan atau konsert. - Gambar fail/Facebook Fahmi Fadzil

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka

Sebanyak RM3.6 juta DKD Persembahan Muzik 2022 diluluskan pada tahun lepas, yang memberi tumpuan kepada penganjuran acara berbentuk persembahan atau konsert. - Gambar fail/Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR: Permohonan bagi Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2023 dengan RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui pembiayaan dana sehingga RM300,000, dibuka mulai semalam (23 Mac).

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi agensi pelaksana, Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) dalam kenyataan hari ini memaklumkan DKD Industri Muzik itu diharap dapat merealisasikan iltizam MyCreative dalam menyokong industri kreatif negara terutamanya industri muzik.

"DKD Industri Muzik 2023 diperuntukkan oleh kerajaan bagi memudahkan dan menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan muzik yang berdaya cipta serta berupaya dipasarkan di dalam negara dan peringkat antarabangsa.



"Dana ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa, Dana Kebolehpasaran (Domestik) Create 2 Market, dan Dana Persembahan Muzik," menurut kenyataan itu.

MyCreative memaklumkan nilai geran yang ditawarkan berjumlah RM100,000 untuk Create 2 Market serta RM300,000 bagi Dana Pemasaran, Promosi Antarabangsa dan Dana Persembahan Muzik.

Menurut MyCreative pemilihan penerima bagi ketiga-tiga dana itu akan dilaksanakan berasaskan merit agar dapat memberi sokongan mampan dalam membangunkan projek serta kandungan muzik yang mempunyai kebolehpasaran tinggi.

Menurut kenyataan itu sebanyak RM3.6 juta DKD Persembahan Muzik 2022 diluluskan pada tahun lepas, yang memberi tumpuan kepada penganjuran acara berbentuk persembahan atau konsert.

Permohonan DKD Industri 2023 akan ditutup secara berperingkat dan maklumat lanjut mengenainya boleh diakses menerusi laman sesawang http://mycreative.com.my/dkdmuzik_2023.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - ' 1 hr 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib tokoh pentadbiran berpengalaman l' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh | B' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh | B' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ismail sabri selesai beri keterangan tujuh jam di ' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak' 2 hrs 11 mins ago