Translate

30 March 2023

Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang lelaki yang dipercayai memukul serta membakar seekor anjing

POLIS TERIMA LAPORAN LELAKI PUKUL, BAKAR ANJING HIDUP-HIDUP

30/03/2023 09:48 PM




JOHOR BAHRU, 30 Mac (Bernama) -- Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang lelaki yang dipercayai memukul serta membakar seekor anjing liar secara hidup-hidup, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan kejadian berkenaan yang didakwa berlaku berhampirandi  sebuah klinik haiwan di Taman Impian Emas, Skudai.

Beliau mengesahkan menerima laporan polis pada 2.59 petang, Isnin lepas, daripada orang awam yang memaklumkan haiwan liar berkenaan dipukul dan dibakar hidup-hidup, selain memberitahu mengenai video itu tular.

“Tujuan laporan polis dibuat adalah untuk merujuk kes terbabit kepada Jabatan Veterinar Johor bagi menjalankan siasatan berhubung penyeksaan haiwan.

"Kes ini akan disiasat Jabatan Veterinar Johor mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM25,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi 8 minit 54 saat menunjukkan seorang lelaki menghidupkan api dipercayai terhadap seekor anjing yang terhalang oleh dinding.

Video itu turut menunjukkan lelaki berkenaan dilihat meninggalkan kawasan tersebut dengan memandu kenderaannya.

-- BERNAMA

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lebih 110,000 ahli laksana undian Pemilihan PKR pe' 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 37 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nurul Izzah harap proses Pemilihan PKR teratur, te' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perlis umum 17 April cuti pe' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 2 hrs 35 mins ago