Translate

23 March 2023

Annuar Zaini Pengerusi baharu UDA menggantikan Datuk Norliza Abdul Rahim,

 Annuar Zaini Pengerusi baharu UDA




Kredit foto: FB UDA Holdings Berhad

23/03/2023 06:38 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) --  UDA Holdings Berhad (UDA) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd Annuar Zaini sebagai pengerusi baharunya menggantikan Datuk Norliza Abdul Rahim, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata pihaknya yakin pelantikan Mohd Annuar dapat membawa agensi itu untuk bersamasama kementerian memperkasa golongan usahawan menerusi segmen perniagaannya.

“Selain itu, pelantikan itu juga dapat menyokong hasrat kerajaan ke arah pembangunan Malaysia MADANI,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan UDA.

Dalam kenyataan sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Datuk Mohd Salem Kailany pula berkata pihaknya menzahirkan ucapan tahniah dan mengalualukan pelantikan Mohd Annuar dalam menerajui kepimpinan syarikat.

Katanya kepimpinan beliau diharap menjadi aspirasi seterusnya memacu kecemerlangan dan kelestarian UDA di masa hadapan. 

Mohd Annuar yang memiliki Ijazah Sarjana Perundangan dan Diplomasi dari Tufts University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1977.

Beliau pernah berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan di peringkat Persekutuan serta kerajaan Perak sebelum bersara secara pilihan daripada

jawatan kerajaan pada 1999 untuk menceburkan diri dalam sektor swasta

Pada 2021, beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia, Pengerusi MRCB Land Sdn Bhd (2022) dan Pengerusi Metropolitan

Utilities Sdn Bhd (sejak 1993).

Mohd Annuar  juga pernah diberikan tanggungjawab sebagai Penasihat dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (2007-2009), Pengerusi

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) (Februari 2004-Januari 2010), Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad (2001-2004) dan Ahli Lembaga

Pengarah Malaysia Airline System Berhad (2005-2011).

Selain itu, beliau pernah berkhidmat di PLUS Expressways Berhad (2007- 2012), Tropicana Corporation Berhad (2010-2015), Ahli Lembaga Pengarah (Bebas dan

Bukan Eksekutif) Manulife Holdings Berhad, Manulife Insurance Berhad dan Manulife Investment Management (M) Berhad (2011-2020).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'DBKL Arah Pembinaan Kuil Dihentikan | BEST FBKL' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 41 mins ago
A visitor from Hessen viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 12 mins ago