Translate

20 March 2023

Isunya bukan takut, tapi Mahathir cuba menghasut - Nazri

 Isunya bukan takut, tapi Mahathir cuba menghasut - Nazri

ASTRO AWANI


Isunya bukan takut, tapi Mahathir cuba menghasut - Nazri
Mohamed Nazri berkata beliau 'pelik' dengan sikap Mahathir yang sangat prihatin dengan nasib orang Melayu ketika tidak ada kuasa. - Astro AWANI

Isunya bukan takut, tapi Mahathir cuba menghasut - Nazri

Mohamed Nazri berkata beliau 'pelik' dengan sikap Mahathir yang sangat prihatin dengan nasib orang Melayu ketika tidak ada kuasa. - Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Tindakan tidak membenarkan perhimpunan melibatkan mana-mana kaum bukan perkara baharu sebaliknya sering dilakukan ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun, kata Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Mohamed Nazri, ketika itu kerajaan tidak mengizinkan permit perhimpunan diberikan atas alasan ia boleh membawa kepada rusuhan hingga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya adalah sebahagian dari jemaah menteri ketika Mahathir menjadi perdana menteri sebelum ini.



“Mungkin atas faktor usia, Mahathir sudah lupa ketika dia mengetuai kerajaan pun ada banyak perhimpunan yang melibatkan kaum yang tidak dibenarkan.

“Jangan cuba nak tunjuk konon demokratik sangat dan pertikai pentadbiran orang lain,” katanya kepada Astro AWANI.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata beliau pelik dengan sikap Mahathir yang sangat prihatin dengan nasib orang Melayu ketika sudah tidak ada kuasa.

Sebaliknya jelas beliau, ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir memperlekeh orang Melayu dengan melabelkan sebagai malas.

“Masa ada kuasa 22 bulan, perlekeh dan hina orang Melayu, kata orang Melayu malas.

“Sekarang bila sudah tidak ada kuasa, sudah kalah teruk dan hilang deposit dalam pilihan raya, nak tunjuk konon dialah yang paling prihatin kepada orang Melayu.

“Tidak ada orang Melayu yang mahu percaya cakap Mahathir lagi,” katanya lagi.

Mohamed Nazri juga menggesa agar kerajaan mengambil tindakan atas Akta Hasutan terhadap Mahathir.

Hujah beliau, apa yang dilakukan Mahathir ini adalah cubaan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

“Kerajaan tidak perlu takut untuk mengambil tindakan terhadap Mahathir biarpun dia bekas perdana menteri.

“Kalau zaman Mahathir jadi perdana menteri, siapa yang nak buat perhimpunan nak tegur kerajaan akan dianggap mahu lawan pemerintah.

“Zaman dia, mereka ini akan ditahan di bawah ISA. Tak percaya tanya Ibrahim Ali,” katanya.

Dalam satu sidang media pada Ahad, Dr Mahathir mendakwa perhimpunan Proklamasi Orang Melayu tidak dapat dianjurkan disebabkan campur tangan kerajaan.

Dalam sidang media itu Dr Mahathir juga mendakwa kerajaan hari ini takut untuk mendengar suara orang Melayu.

Bagaimanapun, Mahathir tidak memperincikan dakwaannya atau memberikan sebarang bukti wujudnya campur tangan kerajaan berkenaan perkara itu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 3 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 8 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 9 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 28 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 38 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Watch Out!, JPJ and Police have come up with a lis' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 59 mins ago