Translate

24 March 2023

Timbalan Ketua Polis KL Datuk Yahaya Othman dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur




Yahaya dilantik pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur
Bernama
Mac 24, 2023
Yahaya dilantik pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur bagi menggantikan Azmi yang kini menjadi Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Azmi Abu Kassim yang kini menjadi Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis serah terima tugas jawatan berkenaan disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Sahabudin Abd Manan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Sementara itu, Azmi dalam ucapannya pada majlis itu berkata prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pegawainya merupakan antara perkara yang membanggakan beliau sepanjang hampir dua tahun menjawat Ketua Polis Kuala Lumpur.
 
"Pegawai-pegawai kita catat prestasi yang tinggi...kadar pertuduhan paling tinggi bukan sahaja untuk jenayah tetapi jenayah komersial, narkotik serta kes-kes sekatan jalan raya.

"Bilangan pegawai kita yang culas sudah berkurangan. Saya harap ini akan berterusan," katanya.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 6 hrs 22 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 6 hrs 22 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 7 hrs 51 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 10 hrs 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 10 hrs 32 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 10 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 10 hrs 46 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 11 hrs 1 min ago