Translate

21 March 2023

Lelaki yang pukul doktor warga emas di ampang selepas kemalangan ditahan



 Lelaki pukul warga emas selepas kemalangan ditahan

21/03/2023 09:56 AM

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes mendatangkan kecederaan dan ugutan terhadap seorang lelaki warga emas dalam satu kejadian di sekitar Ampang,  semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, suspek yang menaiki kereta jenis Mercedes berwarna putih melanggar bahagian belakang kereta dipandu seorang doktor berusia 67 tahun di lampu isyarat Jalan Kolam Air Lama.

"Apabila tiba di hadapan sebuah stesen minyak berhampiran, kereta mangsa dihalang dari arah hadapan oleh kereta suspek yang kemudian turun dan membuka

pintu kereta doktor berkenaan.

"Suspek kemudian menumbuk pipi kanan selain menarik rambut dan menyepak mangsa di bahagian pinggang menyebabkan dia berasa sakit. Kejadian itu dirakam

pengguna jalan raya sehingga tular dalam media sosial, semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata suspek berumur 27 tahun ditahan pada 9.45 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya setelah hadir memberi keterangan.

"Suspek memukul mangsa kerana tidak berpuas hati selepas arahannya supaya memberhentikan kenderaan tidak diendahkan mangsa setelah kenderaan mereka

berlanggar," katanya dan menambah permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan. 

Beliau berkata suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing ke atasnya negatif.

-- BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=QlvSnCMf3yU

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED