Translate

29 March 2023

Pertukaran Ketua Menteri Melaka: "Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi" - Ab Rauf

 Pertukaran Ketua Menteri Melaka: "Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi" - Ab Rauf

ASTRO AWANI

Mac 29, 2023

Pertukaran Ketua Menteri Melaka: "Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi" - Ab Rauf
Ab Rauf pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Melaka. - Foto Astro AWANI

Pertukaran Ketua Menteri Melaka: "Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi" - Ab Rauf

Ab Rauf pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Melaka. - Foto Astro AWANI

AYER KEROH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meminta semua pihak untuk menunggu pengumuman rasmi berhubung desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka, Jumaat ini.

Beliau yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan negeri berkata, pengumuman rasmi berkaitan perkara itu termasuk yang mengaitkan namanya sebagai Ketua Menteri Melaka baharu akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.

“Saya tidak boleh memberikan apa juga komen tentang spekulasi ini.


“Kita tunggu pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak yang akan memberikan pengumuman sedikit masa lagi ya,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO negeri di Kompleks Seri Negeri, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada spekulasi itu dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan beliau mengatakan tiada keperluan untuk membangkitkannya dalam mesyuarat tersebut.

“Tidak perlu bincang sebab tidak ada kena mengena,” katanya.

Angin politik Melaka kembali bertiup kencang selepas Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dijangka akan melepaskan jawatan itu.

Difahamkan jawatan itu akan digantikan oleh Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara.

Menurut sumber terdekat Pejabat Ketua Menteri, Istiadat Angkat Sumpah berkenaan akan diadakan pada pukul 3 petang Jumaat ini di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal k' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lecturer claims trial for committing s*xual acts u' 45 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Dakwaan boikot cubaan gugat kehar' 59 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Onana howlers give Lyon a draw with Man United as ' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 1 hr 26 mins ago