Translate

24 April 2025

Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh



Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh

Bernama

24/04/2025


Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Sentul, minggu lepas.

Mustafa Samsuddin, 46, S.R Gawthaman, 29, Mohamad Sharaf Abdullah, 22, dan P. Meenatchi, 50, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa membunuh B. Sitambaran, 31, antara 10.30 malam 17 April hingga 1.03 pagi 18 April lepas di Taman Batu Metropolitan, Sentul di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa manakala tertuduh diwakili peguam Simret Singh, M.Mathavan dan Tharamjit Singh.

Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 4 Ogos bagi laporan bedah siasat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Brussels viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 24 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 57 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 3 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 3 hrs 57 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 4 hrs 34 mins ago