Translate

29 January 2023

Keputusan terima ahli UMNO dalam PH: Perlu jaga kedamaian Kerajaan Perpaduan - PM

 Keputusan terima ahli UMNO dalam PH: Perlu jaga kedamaian Kerajaan Perpaduan - PM

ASTRO AWANI

Januari 29, 2023 Keputusan terima ahli UMNO dalam PH: Perlu jaga kedamaian Kerajaan Perpaduan - PM

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya ada, ia perlu mendapat pandangan daripada pemimpin parti komponen masing-masing. - Foto BERNAMA

Keputusan terima ahli UMNO dalam PH: Perlu jaga kedamaian Kerajaan Perpaduan - PM

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya ada, ia perlu mendapat pandangan daripada pemimpin parti komponen masing-masing. - Foto BERNAMA

IPOH: Pakatan Harapan (PH) akan meneliti terlebih dahulu sebarang permintaan daripada pemimpin dan ahli UMNO yang dipecat untuk menyertai komponen gabungan itu.

Bagaimanapun, setakat ini, pakatan itu masih belum menerima sebarang permintaan mengenainya.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya ada, ia perlu mendapat pandangan daripada pemimpin parti komponen masing-masing.



“Ini keputusan dalaman disiplin masing-masing, tetapi tak ada timbul lagi sebarang pelawaan untuk bersama dan tentunya sekirnya ada, kita akan teliti dan tentunya mendapat pandangan pimpinan lain.

“…dan juga menjaga kedamaian dan kerajaan perpaduan. Kita beri pertimbangan yang lebih luas,” jelasnya.

Baru-baru ini, UMNO memecat dua bekas pemimpin parti itu berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mereka ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuk Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif, dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'Sanggup bergelap, berpanas takut dicekup imigresen' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Beberapa jalan sekitar Stadi' 4 mins ago
A visitor from Florida viewed 'TH receives 85,000 appeals, more than three times ' 6 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sanggup bergelap, berpanas takut dicekup imigresen' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed '3,802 bakal jemaah dari Johor tunai haji | BEST FB' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Beberapa jalan sekitar Stadi' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MITI siasat dakwaan hasil kerja tidak diberi pengi' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Persiapan keselamatan, kemudahan pastikan final Pi' 14 mins ago