Translate

26 January 2023

BNM lantik semula empat Ahli Majlis Penasihat Shariah bagi tempoh tiga tahun

 BNM lantik semula empat Ahli Majlis Penasihat Shariah bagi tempoh tiga tahun

Bernama

Januari 26, 2023 




BNM lantik semula empat Ahli Majlis Penasihat Shariah bagi tempoh tiga tahun

BNM dalam satu kenyataan berkata pelantikan itu dilakukan mengikut seksyen 53(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009. -Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan semula empat ahli Majlis Penasihat Shariah (MPS) untuk tempoh tiga tahun dan pelantikan dua ahli MPS yang baharu untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.

BNM dalam satu kenyataan berkata pelantikan itu dilakukan mengikut Seksyen 53(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009.

"MPS dibarisi sembilan orang ahli yang mempunyai berkepakaran dan berpengalaman dalam bidang shariah, ekonomi Islam, undang-undang dan kewangan," kata BNM.



Ahli-ahli yang dilantik semula itu ialah Pengerusi baharu MPS dan Profesor di INCEIF University, Prof Dr Ashraf Md Hashim; Timbalan Pengerusi baharu MPS dan Profesor di Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali; Pengarah Eksekutif, Pusat Pengurusan Penyelidikan ISRA, INCEIF University, Datuk Prof Dr Mohamad Akram Laldin; Ahli Jawatankuasa Penasihat Haji, Lembaga Tabung Haji, Burhanuddin Lukman.

Sementara itu, dua ahli baharu dilantik adalah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan Ketua Pengurusan Shariah, Permodalan Nasional Berhad, Dr Ahmad Basri Ibrahim.

Dalam pada itu, BNM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Datuk A. Aziz A. Rahim yang telah menyempurnakan tempoh perkhidmatan mereka sebagai ahli MPS.

Mohd Daud dilantik sebagai ahli MPS pada 1 Mei 1997 dan telah memegang jawatan sebagai Pengerusi MPS sejak 27 Disember 2006, A. Aziz pula mula dilantik sebagai ahli MPS pada 1 November 2016.

Sementara itu, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata MPS memainkan peranan penting dalam memajukan aspirasi kewangan Islam di Malaysia.

"Sepanjang tempoh ini, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Datuk A Aziz A Rahim telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam proses tersebut dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih terhadap komitmen dan dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 26 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Nearly 45,000 Manchester United-ASEAN All Stars ti' 27 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Emas ditutup tinggi ketika kebimbangan meningkat m' 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 1 hr 28 mins ago