Translate

19 January 2023

Majlis pemakaian pangkat Tengku Hassanal sebagai Kapten disempurnakan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah

 Agong, Permaisuri sempurnakan pemakaian pangkat Tengku Hassanal

Bernama

Januari 19, 2023 Agong, Permaisuri sempurnakan pemakaian pangkat Tengku Hassanal

Majlis pemakaian pangkat Tengku Hassanal sebagai Kapten disempurnakan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah. - Foto Facebook Istana Negara

Agong, Permaisuri sempurnakan pemakaian pangkat Tengku Hassanal

Majlis pemakaian pangkat Tengku Hassanal sebagai Kapten disempurnakan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah. - Foto Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat anakanda Seri Paduka berdua, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, di Istana Negara, hari ini.

Menurut catatan di Facebook rasmi Istana Negara, majlis pemakaian pangkat Tengku Hassanal sebagai Kapten disempurnakan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah.

Tengku Hassanal yang sebelum ini merupakan Leftenan, menamatkan pengajian ketenteraan di pusat latihan tentera tersohor dunia, Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom pada Disember 2019 selepas menjalani latihan di akademi itu selama 44 minggu.



Al-Sultan Abdullah pernah menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst dari 1978 hingga 1979 dan ditauliahkan oleh mendiang Ratu Elizabeth II pada 1980.

Turut berangkat pada majlis itu adalah Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kepada Semua Tolong Doakan Supaya Kebenaran Dan Ke' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Muat Naik Video Ibu Zayn Rayyan Berjalan Be' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '"Ini penyakit marah, bukan fakta e' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 48 mins ago
A visitor from San jose viewed '22,351 calon dapat 9A | BEST FBKL' 1 hr ago
A visitor from Ashburn viewed '15 warga Bangladesh cuba bolos sebagai pemain krik' 1 hr ago
A visitor from Ashburn viewed '22,351 calon dapat 9A | BEST FBKL' 1 hr ago
A visitor from Selangor viewed 'High Court Orders Wife Of Jakel Group’s Mohamad Ni' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 1 hr 43 mins ago