Translate

18 January 2023

Hazami Jahari dilantik Ketua Pengarah DBP baharu

 Hazami Jahari dilantik Ketua Pengarah DBP baharu

Bernama

Januari 18, 2023Hazami Jahari dilantik Ketua Pengarah DBP baharu

Majlis penyerahan surat lantikan berkenaan disempurnakan Fadhlina di pejabatnya di Putrajaya. - Gambar/ Bernama

Hazami Jahari dilantik Ketua Pengarah DBP baharu

Majlis penyerahan surat lantikan berkenaan disempurnakan Fadhlina di pejabatnya di Putrajaya. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan pelantikan Hazami Jahari sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Hazami, 55, yang merupakan Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP menggantikan Datuk Abang Sallehudin Abang Shokeran yang tamat kontrak pada 28 Nov lepas.

"Diharapkan dengan pelantikan Hazami ini, beliau dapat menerajui DBP dengan komitmen yang lebih utuh dalam memartabatkan bahasa Melayu dan melestarikan budaya membaca dengan tekad untuk terus mencerdaskan anak bangsa," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.



Majlis penyerahan surat lantikan berkenaan disempurnakan Fadhlina di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disaksikan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Datuk Seri Awang Sariyan, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan (KPM) Ramzi Mansor.

Hazami ketika dihubungi Bernama berkata beliau amat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan bagi menggalas jawatan tersebut dan berazam memastikan fungsi serta peranan DBP dapat terus dipertingkat dalam konteks memartabatkan bahasa dan sastera negara.

"Dukungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sangat mencintai bahasa Melayu merupakan satu kelebihan kepada saya untuk terus membawa DBP ke landasan yang betul.

"Ini selari dengan aspirasi memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga antarabangsa," katanya,

Menurut maklumat daripada majalah rasmi DBP, Dewan Masyarakat, Hazami yang berasal dari Kuching, Sarawak, memiliki Ijazah Doktor Falsafah Kesusasteraan daripada Universiti Sains Malaysia dan mula berkhidmat di DBP pada 1992.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang bahasa dan sastera turut memiliki Ijazah Sarjana Sastera (Penulisan Kreatif dan Deskriptif) dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Penulisan Kreatif dan Deskriptif) daripada Universiti Malaya.

Sebelum menjawat portfolio Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan pada 2021, beliau pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera (2019), Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera (2018) dan menerajui DBP Cawangan Sarawak (2014-2016).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED