Translate

31 January 2023

Seorang individu memfailkan saman terhadap dua bekas Perdana Menteri Mahathir dan Muhyiddin berhubung penamatan projek HSR

Dr Mahathir, Muhyiddin disaman berhubung penamatan projek HSR

Bernama

Januari 31, 2023 Dr Mahathir, Muhyiddin disaman berhubung penamatan projek HSR

Tindakan saman itu difailkan Mohd Hatta mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dan kecewa dengan pembaziran yang telah dilakukan oleh kesemua defendan. - Fail

Dr Mahathir, Muhyiddin disaman berhubung penamatan projek HSR

Tindakan saman itu difailkan Mohd Hatta mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dan kecewa dengan pembaziran yang telah dilakukan oleh kesemua defendan. - Fail

KUALA LUMPUR: Seorang individu memfailkan saman terhadap dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam dan cuai berhubung penamatan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Tindakan saman itu difailkan Mohd Hatta mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dan kecewa dengan pembaziran yang telah dilakukan oleh kesemua defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohd Hatta selaku plaintif mendakwa Dr Mahathir, yang ketika itu Perdana Menteri ketujuh telah melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatan awam apabila mengambil keputusan menangguhkan projek HSR, menyebabkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.



Plaintif juga mendakwa Muhyiddin, yang ketika itu Perdana Menteri kelapan turut cuai dan menyalah guna jawatan awam apabila menamatkan projek berkenaan sehingga kerajaan dan semua rakyat Malaysia termasuk plaintif selaku pembayar cukai perlu mengeluarkan wang RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan Perjanjian Dua Hala antara Malaysia dan Singapura yang dipersetujui.

Dakwa plaintif, Mustapa, yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek itu telah melakukan kecuaian ketika menangguhkan projek tersebut sehingga menyebabkan wang negara perlu dikeluarkan sebanyak RM46 juta.

Selain itu, Mohd Hatta mendakwa Wee juga cuai semasa menguruskan projek tersebut yang merupakan pengangkutan awam bagi rakyat Malaysia sehingga mendatangkan kesusahan dan kerugian berjumlah RM46 juta dan RM320,270,519.24 kepada rakyat Malaysia sekali gus menafikan hak rakyat untuk menikmati sistem pengangkutan kelas pertama di peringkat antarabangsa yang pantas, selamat dan murah.

Oleh itu, plaintif antara lain menuntut deklarasi bahawa pembatalan projek yang diumumkan oleh Muhyiddin adalah batal dan tidak sah selain memohon deklarasi kesemua defendan membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia termasuk plaintif kerana telah secara salah dan cuai membatalkan projek HSR.

Pada 1 Jan 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan projek HSR sejauh 350 kilometer kerana kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Dis 2020.

Sehubungan itu, Malaysia telah membayar S$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura untuk kos yang ditanggung bagi pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penggantungannya.

Projek tersebut dijangka menyediakan tiga servis utama iaitu perjalanan secara langsung antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit, servis domestik di Malaysia dan perkhidmatan shuttle dari Iskandar Puteri (Johor) sehingga Singapura.

Pengurusan kes saman itu ditetapkan pada 2 Feb ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'KDN siasat video papar Jalur Gemilang tidak lengka' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 17 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terh' 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ketua polis balai bakal berdepan tindakan tatatert' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Nora Mohon Cerai Susulan Gangguan Dan Desakan 'Pih' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MENYAMAR SEBAGAI PETUGAS PERUBATAN JABATAN KESIHAT' 2 hrs ago
A visitor from Oslo viewed 'RESIT BAYARAN PALSU 2 LELAKI DITAHAN MAKAN PERCUMA' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RESIT BAYARAN PALSU 2 ANGGOTA BOMBA DISIASAT | BES' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SPR sasar lebih 70 peratus keluar' 2 hrs 41 mins ago