Translate

30 January 2023

Syarikat induk Shopee, Sea Ltd kembang pelaburan, cipta 2,000 pekerjaan di Malaysia

 Syarikat induk Shopee, Sea Ltd kembang pelaburan, cipta 2,000 pekerjaan di Malaysia

Bernama

Januari 30, 2023Syarikat induk Shopee, Sea Ltd kembang pelaburan, cipta 2,000 pekerjaan di Malaysia

Tengku Zafrul (tengah) ketika melawat ibu pejabat Shopee di Singapura pada Ahad. - Foto Facebook Tengku Zafrul

Syarikat induk Shopee, Sea Ltd kembang pelaburan, cipta 2,000 pekerjaan di Malaysia

Tengku Zafrul (tengah) ketika melawat ibu pejabat Shopee di Singapura pada Ahad. - Foto Facebook Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Sea Ltd, sebuah syarikat internet pengguna global Singapura yang terkemuka dan pemilik platform e-dagang, Shopee, komited untuk mengembangkan pelaburannya di Malaysia, mewujudkan lebih daripada 2,000 pekerjaan dalam proses itu.

Shopee merupakan platform e-dagang serantau terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), keputusan ini telah dimaklumkan kepada Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semasa lawatan rasminya ke ibu pejabat syarikat itu di Singapura semalam.



Semasa lawatan itu, Sea Ltd memperincikan pelan projek pembesarannya di Malaysia, melibatkan penyelarasan dan penetapan cloud services, data hosting and processing, serta gudang logistik untuk perkhidmatan e-dagang.

"Projek cloud services Sea Ltd akan dibangunkan di fasiliti tiga tingkat dilengkapi dengan teknologi hijau di Kulai, Johor, dengan 24 data hall suites, bilik mekanikal dan elektrik, ruang pejabat, serta kemudahan penyimpanan dan tempat letak kereta yang dijangka siap menjelang suku pertama 2024," kata MITI.

Selain itu, Shopee juga akan mengembangkan operasinya di Malaysia melalui gudang mega baharu yang sedang dibina, merupakan kemudahan logistik berteknologi tinggi dan bersepadu yang dilengkapi dengan kemudahan cloud infrastructure seluas 1.4 juta kaki persegi di Bukit Raja, Klang.

Tengku Zafrul berkata keputusan Sea Ltd untuk mengembangkan strategi pelaburannya di Malaysia jelas mencerminkan keyakinan syarikat terhadap prospek, serta kestabilan operasi, polisi dan dasar kerajaan serta landskap perniagaan di Malaysia.

"Perancangan pelaburan langsung asing (FDI) mereka di dalam pengkomputeran awan dan gudang berteknologi tinggi bakal mencipta lebih 2,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat kita, yang juga akan membantu dalam meningkatkan kemahiran dan produktiviti, serta daya saing negara dalam jangka panjang.

"Kami juga menjangkakan kesan limpahan yang positif untuk perusahaan kecil dan sederhana, korporat dan masyarakat setempat. Manfaat ini termasuk dari segi penyumberan tempatan, pembangunan vendor dan pengukuhan ekosistem perindustrian tempatan khususnya dalam sektor digital," katanya.

Tengku Zafrul berkata MITI dan agensi berkaitan akan terus mempertingkatkan ekosistem perniagaan negara, ke arah memastikan Malaysia sentiasa dilihat sebagai sebuah destinasi mesra perniagaan, mesra pelaburan dan mesra perdagangan.

Sementara itu Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sea Ye Gang berkata ini adalah satu perkembangan signifikan bukan sahaja untuk kumpulan, tetapi juga untuk ekosistem digital tempatan.

"Kami berterima kasih di atas sokongan Menteri MITI dan pasukannya dalam pelan pengembangan dan strategi perniagaan kami," katanya.

Misi pelaburan tiga hari menteri itu ke Singapura adalah sempena lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura pada 30 Jan.

Semasa misi pelaburan itu, Tengku Zafrul juga akan mengadakan pertemuan perniagaan dengan Kumpulan Yondr, peneraju global pusat data dan INSEACT, sebuah syarikat protein alternatif yang berpangkalan di Singapura, yang menghasilkan protein mampan bagi akuakultur (ternakan udang).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED