Translate

18 January 2023

Video Tular: Kemalangan kanak-kanak tercampak, polis kesan pemilik kenderaan




Video di  POLIS KL Facebook: https://fb.watch/i7NZtOiFte/

JSPT KL sedang mengesan pemilik kenderaan iaitu kereta dan motosikal yang terlibat di dalam insiden seperti dalam video di bawah untuk membantu siasatan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut boleh menghubungi Balai Trafik Jalan Bandar di talian 03-2071999 atau mana-mana balai polis terdekat.

Pemilik rakaman Dash Cam bagi video ini juga diminta tampil memberi maklumat. 

Terima kasih.




Tular: Kemalangan kanak-kanak tercampak, polis kesan pemilik kenderaan

Astro Awani

Januari 18, 2023 Tular: Kemalangan kanak-kanak tercampak, polis kesan pemilik kenderaan

Tangkap layar yang memaparkan seorang kanak-kanak tercampak dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Seri Petaling, Kuala Lumpur. - Foto/ Ihsan pembaca

Tular: Kemalangan kanak-kanak tercampak, polis kesan pemilik kenderaan

Tangkap layar yang memaparkan seorang kanak-kanak tercampak dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Seri Petaling, Kuala Lumpur. - Foto/ Ihsan pembaca

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemandu pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Seri Petaling, di sini, yang mengakibatkan seorang kanak-kanak tercampak.

Polis memberitahu, setakat ini, kedua-dua pihak masih belum tampil membuat laporan polis.

Menurut kenyataan yang dikongsi di Facebook Polis KL, pihaknya juga sedang mengesan pemilik video rakaman kamera papan pemuka dari kenderaan untuk tampil membantu siasatan.



"Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut boleh menghubungi Balai Trafik Jalan Bandar di talian 03-2071999 atau mana-mana balai polis terdekat," kata kenyataan itu di sini, pada Rabu.

Video berdurasi 22 saat itu memaparkan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak bergesel dengan sebuah kereta ketika melalui selekoh.

Akibat geselan itu, kanak-kanak terbabit tercampak di jalan raya manakala penunggang motosikal itu merempuh penghadang jalan sebelum terjatuh.

Keadaan kesemua mangsa bagaimanapun tidak dapat dipastikan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED