Translate

30 April 2021

'Kompaun Biar Berpada-Pada, Perlu Munasabah'- Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin

'Kompaun biar berpada-pada, perlu munasabah'- Muhyiddin

Sinar Harian
30/4/2021

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa agensi penguat kuasa menggunakan pendekatan yang lebih berhikmah dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh masyarakat ketika pandemik Covid-19.

Beliau berkata, walaupun ketegasan itu penting untuk memastikan peraturan dipatuhi, pada masa sama perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan dalam tindakan yang diambil agar usaha mendidik masyarakat itu lebih diterima.

Ini kerana katanya, beliau memahami dan menginsafi kesusahan rakyat mencari pendapatan untuk menjamin kelangsungan hidup dalam situasi pandemik, termasuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual burger, makanan ringan, minuman ataupun hasil tanaman.

"Mereka ini bukanlah pemilik syarikat atau pertubuhan perniagaan yang besar tetapi hanya pemegang lesen untuk berniaga sendiri secara kecil-kecilan.

"Jadi, kalaupun nak ambil tindakan kerana melanggar SOP dan peraturan, kita bertimbang rasalah. Kenakan kompaun tapi berpada-padalah, pada kadar yang munasabah," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pertandingan Komuniti Zon Hijau Covid-19, di sini.

Dilaporkan beberapa peniaga di Kelantan termasuk seorang peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 selepas dikatakan beroperasi melebihi masa ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Muhyiddin berkata, selain pemantauan dan kawalan berterusan oleh agensi penguat kuasa, warga komuniti juga mempunyai peranan penting untuk memastikan orang ramai mematuhi SOP yang sering diulang-ulang iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan elakkan tempat yang sesak dan sempit.

"Terdapat varian baharu virus ini yang sedang menular dengan lebih cepat dan memberi kesan yang lebih buruk dari segi peningkatan kes yang lebih mendadak di beberapa buah negara. Kita sudah pastinya ingin mengelakkan penularan varian baharu ini di negara kita," katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan mengambil langkah tegas dalam membendung penularan Covid-19 dengan kawalan sempadan negara diperketatkan termasuk menghalang kemasukan pelawat dari negara yang sedang dilanda varian baharu Covid-19, selain mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar arahan kuarantin wajib.

"Tindakan tegas kerajaan sahaja tidak memadai. Yang lebih penting ialah anggota masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mematuhi semua peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan demi melindungi rakyat daripada bahaya virus ini," katanya.

Muhyiddin berkata, para pemimpin masyarakat juga mesti faham dan peka terhadap semua SOP yang telah ditetapkan, bergantung pada kategori perintah kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa di kawasan masing-masing.

"Ambil tahu program atau majlis-majlis yang akan diadakan oleh penduduk di kampung atau kawasan taman perumahan anda dan pastikan penganjuran program atau majlis betul-betul mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddi;, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Pulau pinang viewed 'Shereen raih emas acara 400m di Amerika Syarikat |' 4 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 26 mins ago
A visitor from Monaco viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Eight individuals sentenced' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Singapore viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lebih 110,000 ahli laksana undian Pemilihan PKR pe' 2 hrs 46 mins ago