Translate

28 April 2021

Bubur Lambuk Dari Istana Johor "Air Tangan" Sultan Ibrahim

Bubur lambuk dari Istana Johor’ yang disediakan sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Bubur lambuk dari Istana Johor "air tangan" Sultan Ibrahim

BERNAMA
28/4/2021

JOHOR BAHRU, 28 April -- Sebahagian rakyat Johor di Kluang hari ini berpeluang menikmati ‘Bubur lambuk dari Istana Johor’ yang disediakan sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim meluangkan masa hampir sejam bersama kakitanan istana bagi menyediakan bubur lambuk tersebut.

Baginda menyediakan bubur lambuk itu menggunakan pengacau khas yang diperbuat daripada kayu giam oleh tukang kayu peribadi baginda di Mersing, demikian menurut hantaran itu.

Sebanyak 200 paket bubur lambuk dari Istana Johor akan disampaikan kepada pesakit kanser di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail manakala 1,100 paket lagi akan diagih kepada rakyat di daerah Kluang.

“Bubur lambuk yang dimasak hari ini akan disampaikan kepada rakyat dan juga pesakit kanser menerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor,” titah Sultan Ibrahim menerusi hantaran berkenaan.

BUBUR LAMBUK ‘ISTIMEWA’ SENTUHAN AIR TANGAN SULTAN IBRAHIM Bubur lambuk dari Istana Johor untuk disampaikan kepada...

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Tuesday, April 27, 2021

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from George town viewed 'Proses rakaman keterangan Ismail Sabri esok ditang' 28 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SPRM Tahan Bekas Kakitangan Ahli Parlimen Seputeh ' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Felda D'Saji' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuantan viewed 'Proses rakaman keterangan Ismail Sabri esok ditang' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PARKROYAL COLLECTION'S "Feasts of Ramadan" Iftar b' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DETIK2 PUTING BELIUNG RANAPKAN BERPULUH RUMAH DI S' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Proses rakaman keterangan Ismail Sabri esok ditang' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'DETIK2 PUTING BELIUNG RANAPKAN BERPULUH RUMAH DI S' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat ' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'DETIK2 PUTING BELIUNG RANAPKAN BERPULUH RUMAH DI S' 2 hrs 55 mins ago