Translate

30 April 2021

Polis Nafi Dakwaan Video Tular Babitkan A.Ganapathy (Video)

Polis menafikan dakwaan video rakaman televisyen litar tertutup

 

Polis nafi dakwaan video tular babitkan A.Ganapathy

Astro Awani
30/4/2021

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular baru-baru ini melibatkan mendiang A. Ganapathy.

Ganapathy, 40, merupakan bekas tahanan yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang selepas lebih sebulan mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Tegasnya, tindakan mengikut lunas undang-undang akan diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kesahihan dan lokasi kejadian yang terpapar di dalam video tular tersebut sedang disiasat.
Mengulas lanjut, orang ramai dinasihatkan menghentikan penyebaran video klip tersebut serta mengaitkannya dengan kes Ganapathy yang masih dalam siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial satu video berdurasi 45 saat yang memaparkan beberapa individu memukul, merotan dan menendang dua lelaki di sebuah bilik.

Terdapat segelintir pihak mendakwa video tersebut merupakan rakaman kejadian melibatkan mendiang Ganapathy yang sebelum ini didakwa dipukul sewaktu berada di dalam tahanan polis sehingga mengakibatkan kematiannya selepas lebih sebulan mendapatkan rawatan di hospital.

 FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-nafi-dakwaan-video-tular-babitkan-ganapathy-295727

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED