Translate

29 April 2021

Lelaki Cabul Isteri Orang Atas Motosikal Dicekup

Superintendan Hanyan Ramlan

Lelaki cabul isteri orang atas motosikal dicekup

Sinar Harian
29/4/2021

KEMAMAN - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes cabul wanita yang sedang menunggang motosikal dalam kejadian di belakang sebuah pasar raya Jalan Pengkalan Pandan, Chukai, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 malam ketika mangsa berusia 24 tahun yang menunggang motosikal berseorangan untuk pulang ke rumah.

Jelas Hanyan, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan ditemani suaminya yang mengekori tidak jauh di belakang dengan menunggang motosikal berasingan.

Katanya, apabila tiba di lokasi, secara tiba-tiba, mangsa dihampiri sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki tidak dikenali sebelum bertindak memegang dadanya lalu memecut laju meninggalkan mangsa.

"Terkejut melihat perbuatan biadab suspek, suami mangsa yang berada tidak jauh dari lokasi nekad mengejar motosikal jenis Honda EX5 ditunggang suspek.

"Sejam kemudian, kira-kira jam 10.45 malam, lelaki berusia 28 tahun itu berjaya ditahan sebelum diserahkan ke Balai Polis Chukai, di sini untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Ujar Hanyan, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Sementara itu, Hanyan meminta kerjasama orang ramai yang pernah diperlakukan begitu semasa melalui sekitar kawasan itu dapat tampil membuat laporan polis.

"Ini sebab kami difahamkan kejadian seumpama ini pernah berlaku sebelum ini terutama kepada penunggang motosikal wanita.

"Jadi, kami meminta kerjasama orang ramai terutama yang pernah menjadi mangsa agar tampil membuat laporan untuk tindakan lanjut," katanya.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 5 hrs 1 min ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 5 hrs 15 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 5 hrs 24 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemilihan Kali Ini PKR Adalah Kerajaan, Saya Tak B' 5 hrs 49 mins ago