Translate

24 April 2021

Covid-19 Malaysia 24 April | New Cases - 2,717 Total- 390,252 | Recovered- 2,292, Active- 22,926 | Deaths- 11, Total- 1,426













Kenyataan Akhbar KPK 24 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

24 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,292 kes (365,900 kes kumulatif, 93.8%);
  • Kes baharu : 2,717 kes (390,252 kes kumulatif);
  • Kes import : 26 kes (2 warganegara, 24 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,691 kes [2,493 warganegara (92.6%); 198  bukan warganegara (7.4%)];
  • Kes aktif : 22,926 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 272 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 124 kes;dan
  • Kes kematian : 11 kes (1,426 kes kumulatif, 0.37%; 10 warganegara; 1 bukan warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 768 kes (28.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 567 kes (73.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 570 kes (21.0 peratus) dan Kelantan sebanyak 518 kes (19.1 peratus).

Sebanyak 21 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Choh Dua (12 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (9 kes).

Terdapat 11 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lima (5) kes di Sarawak, tiga (3) kes di Selangor, dua (2) kes di Sabah, dan satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 10 kes melibatkan warganegara dan satu (1) bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 24 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,583 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,231 kluster (termasuk 12 kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Tapak Bina Bulatan Pandan, Kluster Inanam Taipan, Kluster Jalan Alam, Kluster Jalan Long Yunus, Kluster Taman Ria Enam, Kluster Melamam, Kluster Begalak, Kluster Jalan Firma Dua, Kluster Sementa 27, Kluster Lintang Kampung Jawa, Kluster Sungai Atap, dan Kluster Tapak Bina Jalan Satu);
  • Jumlah kluster aktif : 352 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 72 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Kampung Domis (63 kes), Kluster Jalan Selirik (59 kes) dan Kluster Abak Bon (28 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tujuh (7) kluster tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, dan satu (1) kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Abdul KarimSelangorTempat Kerja
2Jalan MelorSelangorTempat Kerja
3Lebuh Ipoh-LumutPerakTempat Kerja
4Jalan DatohPerakTempat Kerja
5Tingkat Mak MandinPulau PinangTempat Kerja
6D’LaharTerengganuTempat Kerja
7Desa MawarPahangTempat Kerja
8Jalan Kolam DuaPerakKomuniti
9Dambai InanamSabahKomuniti
10Jalan St ThomasWP Kuala LumpurSekolah / Institusi Pendidikan KPM

MAKLUMAT TERKINI VARIANT OF CONCERN (VOC) SOUTH AFRICAN B.1.351

Susulan daripada penemuan 17 kes varian South African B.1.351 yang telah dilaporkan kepada KKM dari bulan Januari sehingga Mac 2021, survelan genomik COVID-19 terus dijalankan dan telah melibatkan lebih banyak sampel dari negeri-negeri di seluruh negara.

Terkini, melalui survelan genomik yang dijalankan dari 15 April sehingga 23 April 2021, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenalpasti dan mengesahkan kewujudan empat (4) lagi kes tempatan COVID-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351, menjadikan jumlah terkini adalah 21 kes. Daripada jumlah ini, tiga (3) dilaporkan di daerah Kuala Langat, manakala satu (1) kes lagi merupakan kes pertama di luar Selangor iaitu kes COVID-19 yang disahkan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan.

Jadual 1: Ringkasan kes-kes COVID-19 dengan Varian South African B.1.351

 KES COVID-19SARINGANVARIAN SOUTH AFRICAN B.1.351
Kluster Jalan Lima574474
Kluster Jalan Kebun Baru1,1161,5859
Kluster Teknologi Emas2583253 (2 kes baharu)
Saringan kontak rapat34 (1 kes baharu)
Punca masih dalam siasatan (Baru)1 1
JUMLAH21

Nota: Kluster dikemaskini sehingga 24 April 2021

Selain itu, melalui survelan genomik terkini bagi tempoh yang sama (15 April hingga 23 April 2021), sebanyak 29 kes COVID-19 telah menjalani jujukan genom penuh merangkumi negeri Johor, Selangor, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak. Data genom SARS-CoV-2 bagi kes-kes ini menunjukkan kitaran lineage yang lazim dijumpai iaitu Malaysian B.1.524 di Semenanjung Malaysia dan B.1.466.2 di Sarawak yang dikategorikan sebagai bukan Variant of Concern.

Jadual 2: Jenis-jenis varian yang terdapat melalui survelan genomik.

NEGERISAMPELKEPUTUSAN
Selangor12 kesLineage B.1.524
Putrajaya3 kesLineage B.1.524
Sabah4 kesLineage B.1.524
Sarawak4 kesLineage B.1.466.2
Johor6 kesLineage B.1.524

KKM mengambil maklum dan menyambut baik pengumuman oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan mengenai keputusan Kerajaan mengenakan kawalan lebih ketat bagi pengembara yang baru tiba dari negara yang melaporkan penularan virus SARS-CoV-2 jenis VOC dalam komuniti di mana tempoh kuarantin adalah dipanjangkan dari selama 10 hari kepada 14 hari. Ini akan mengurangkan risiko kemasukan virus SARS-CoV-2 jenis VOC ke dalam Malaysia. Maklumat lanjut mengenai perkara ini akan dikemaskini segera bagi memudahkan urusan perancangan perjalanan bagi pengembara.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 April 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 24 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR768 (12)127,260
SABAH13257,538
JOHOR126 (1)44,128
WP KUALA LUMPUR240 (13)41,754
SARAWAK57027,319
PULAU PINANG13418,945
NEGERI SEMBILAN2718,234
PERAK5414,324
KELANTAN  51811,193
KEDAH349,397
MELAKA307,125
PAHANG224,915
TERENGGANU504,002
WP LABUAN02,442
WP PUTRAJAYA111,321
PERLIS1355
JUMLAH KESELURUHAN2,717 (26)390,252

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,717 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 768 kes 
    • 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Melor, Kluster Jalan Abdul Karim dan Jalan St Thomas;
    • 548 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 12 kes import dari luar negara; dan
    • 189 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 570 kes
    • 137 kes daripada kluster-kluster sedia ada,
    • 360 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 518 kes 
    • 149 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 277 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 92 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 240 kes  
    • 5 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan St. Thomas;
    • 116 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 13 kes import dari luar negara; dan
    • 106 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 134 kes 
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tingkat Mak Mandin;
    • 57 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 61 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 132 kes 
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Dambai Inanam;
    • 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 126 kes  
    • 67 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 54 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada; termasuk 17 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lebuh Ipoh-Lumut, Kluster Jalan Datoh, dan Kluster Jalan Kolam Dua;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 50 kes
    • 37 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster D’Lahar;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 34 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 9 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 30 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 27 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 22 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Desa Mawar;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 11 kes
    • Empat (4) kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: 1 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 11 kes kematian pada 24 April 2021 adalah seperti berikut:

No.   Kematian  Negeri  Jantina  (warganegara)  Umur (tahun)  Hospital Tempat Kematian  Latar Belakang  
1416SelangorPerempuan (WN)59Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1417SarawakLelaki (WN)61Hospital BintuluPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
1418SarawakPerempuan (WN)55Hospital BintuluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1419SelangorLelaki (WN)79Hospital Kuala LumpurPenyakit jantung dan buah pinggang kronik
1420SarawakPerempuan (WN)72Hospital BintuluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1421SelangorLelaki (WN)36Hospital Ampang
1422SabahPerempuan (WN)80Hospital TawauPenyakit darah tinggi
1423SarawakLelaki (WN)55Hospital BintuluPenyakit darah tinggi dan strok
1424WP Kuala LumpurLelaki (WN)41Hospital Kuala LumpurObesiti
1425SarawakLelaki (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital SarikeiPenyakit darah tinggi dan asma
1426SabahLelaki (BWN)39Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN ABDUL KARIM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Haji Abdul Karim 53, Klang. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MELOR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-379970) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan  kakitangan sebuah syarikat yang terletak di Jalan Melor 2/5C, Taman Sri Serendah, Hulu Selangor. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LEBUH IPOH-LUMUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-374629) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat latihan yang terletak di Lebuhraya Ipoh, Lumut. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DATOH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-378941) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat yang terletak di Jalan Datoh, Kampung Kuchai, Ipoh. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TINGKAT MAK MANDIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-370060) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Tingkat Mak Mandin 5, Butterworth. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER D’LAHAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-390191) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat yang terletak di Taman D’Lahar, Kampung Raja, Besut. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 201 individu telah disaring, di mana 40 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DESA MAWAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Rompin di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381794) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat yang terletak di Desa Mawar 1, Muadzam Shah, Rompin. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 166 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KOLAM DUA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 381228) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Kolam 2, Kampung Expo, Kamunting. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DAMBAI INANAM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Kuala Penyu, dan Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 373392) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 377 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ST THOMAS

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kepong, Cheras, dan Titiwangsa, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Gombak, Hulu Langat, dan Petaling di Selangor, serta daerah Raub di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-379782) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan St Thomas, Kepong. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED