Translate

27 April 2021

Covid-19 Malaysia 27 April | New Cases - 2,733 Total- 398,451 | Recovered- 2,019, Active- 25,414 | Deaths- 13, Total- 1,462














Kenyataan Akhbar KPK 27 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

27 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,019 kes (371,575 kes kumulatif, 93.3%);
  • Kes baharu : 2,733 kes (398,451 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (3 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,728 kes [2,481 warganegara (90.9%); 247 bukan warganegara (9.1%)];
  • Kes aktif : 25,414 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 294 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 138 kes;dan
  • Kes kematian : 13 kes (1,462 kes kumulatif, 0.37%; 12 warganegara; 1 bukan warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 750 kes (27.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 568 kes (75.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 484 kes (17.7 peratus) dan Sarawak sebanyak 432 kes (15.8 peratus).

Sebanyak 36 kes (1.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Pagar Sri Lalang (29 kes) dan Kluster DTI Lenggeng (7 kes).

Terdapat 13 kes kematian pada hari ini yang melibatkan tiga (3) kes di Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Selangor, Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Pulau Pinang. Sebanyak 12 kes melibatkan warganegara dan satu (1) bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 27 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,614 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,247 kluster [termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Industri Subang dan Kluster Tapak Bina Tanjung];
  • Jumlah kluster aktif : 367 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 72 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Kempas Muar (66 kes), Kluster Putai (64 kes), dan Kluster Pangkal Chuit (60 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat (4) kluster sektor pendidikan termasuk dua (2) kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), masing-masing tiga (3) kluster tempat kerja dan kluster komuniti, dan satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan PuchongSelangorInstitusi Pendidikan KPM
2Persiaran Setia MurniSelangorInstitusi Pendidikan KPM
3Jalan SejatiSelangorPendidikan Lain
4Cangkat MindenPulau PinangPendidikan Lain
5Jalan Padang TembakKelantanTempat Kerja
6Jalan Kempas MuarJohorTempat Kerja
7Teknologi Ayer KerohMelakaTempat Kerja
8Sungai TuahSarawakKomuniti
9Bandar Baru SentulWP Kuala LumpurKomuniti
10Akar PeluruKedahKomuniti
11Jalan Bukit EmasNegeri SembilanKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 April 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR750129,523
SABAH82 (1)57,829
JOHOR22044,816
WP KUALA LUMPUR377 (4)42,602
SARAWAK43228,961
PULAU PINANG11519,300
NEGERI SEMBILAN3918,442
PERAK3814,471
KELANTAN  48412,444
KEDAH519,563
MELAKA337,234
PAHANG355,017
TERENGGANU614,097
WP LABUAN02,447
WP PUTRAJAYA151,348
PERLIS1357
JUMLAH KESELURUHAN2,733 (5)398,451

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,733 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 27 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 750 kes
    • 66 kes daripada kluster-kluster, termasuk 37 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Puchong, Kluster Jalan Sejati, dan Kluster Persiaran Setia Murni;
    • 502 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 182 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 484 kes 
    • 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Padang Tembak;
    • 322 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 66 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 432 kes
    • 129 kes daripada kluster-kluster, termasuk 28 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Tuah;
    • 245 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 377 kes  
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bandar Baru Sentul;
    • 234 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 131 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 220 kes  
    • 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk 66 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kempas Muar;
    • 79 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 115 kes 
    • 33 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cangkat Minden;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 82 kes 
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 61 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 61 kes
    • 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 51 kes
    • 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Akar Peluru;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 39 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Emas;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 38 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 35 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 33 kes
    • 18 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teknologi Ayer Keroh;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 15 kes
    • Empat (4) kesdaripada kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 13 kes kematian pada 27 April 2021 adalah seperti berikut:

No.   Kematian  Negeri  Jantina  (warganegara) Umur (tahun)  Hospital Tempat Kematian  Latar Belakang  
1450JohorLelaki (WN)70Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1451SarawakLelaki (WN)54Hospital BintuluProlapsed Intervetebral Disc (PID)
1452JohorLelaki (WN)79Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
1453SarawakPerempuan (WN)48Hospital BintuluPenyakit darah tinggi
1454WP Kuala LumpurLelaki (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1455SarawakPerempuan (WN)45Hospital SarikeiPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1456Negeri SembilanLelaki (WN)78Hospital Tampin
1457KelantanLelaki (WN)71Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1458KelantanLelaki (WN)64Hospital JeliPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan paru-paru obstruktif kronik
1459SelangorLelaki (WN)80Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, gout, hati, dan buah pinggang kronik
1460Pulau PinangLelaki (WN)83Hospital Kepala Batas, Seberang Perai UtaraPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1461Negeri SembilanPerempuan (WN)65Hospital SegamatPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1462SelangorLelaki (BWN)23Jenazah dibawa ke Hospital Selayang

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN PUCHONG

Kluster institusi pendidikan KPM melibatkan daerah Sepang, dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361115) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Puchong, Petaling. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 235 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN SETIA MURNI

Kluster institusi pendidikan KPM melibatkan daerah Petaling, Kuala Selangor, dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355928) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Persiaran Setia Murni, Setia Alam, Shah Alam. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 493 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SEJATI

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Gombak dan Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-393107) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Sejati, Selayang Baru, Batu Caves, Gombak. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana 42 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER CANGKAT MINDEN

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381171) merupakan kes Influenza-Like Illness (ILI) yang dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Cangkat Minden Jalan 15, Gelugor, Timur Laut. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 79 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PADANG TEMBAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 384437) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KEMPAS MUAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kempas, Mukim Jalan Bakri, Muar. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 452 individu telah disaring, di mana 67 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEKNOLOGI AYER KEROH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Air Keroh Fasa IV, Taman Bukit Melaka, Melaka Tengah. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 320 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI TUAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kanowit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-374123) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Tuah, Kanowit. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BANDAR BARU SENTUL

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394103) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana  penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Bandar Baru Sentul, Kepong. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER AKAR PELURU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Setar, Pendang, dan Yan di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-378976) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Masjid Akar Peluru, Jalan Pegawai, Alor Setar. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BUKIT EMAS

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-395170) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan penghuni-penghuni sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Bukit Emas 9, Taman Bukit Emas, Seremban. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED