Translate

28 April 2021

Covid-19 Malaysia 28 April | New Cases - 3,142 Total- 401,593 | Recovered- 1,822, Active- 26,719 | Deaths- 15, Total- 1,477












Kenyataan Akhbar KPK 28 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

28 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,822 kes (373,397 kes kumulatif, 93.0%);
  • Kes baharu : 3,142 kes (401,593 kes kumulatif);
  • Kes import : 13 kes (4 warganegara, 9 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,129 kes [2,950 warganegara (94.3%); 179 bukan warganegara (5.7%)];
  • Kes aktif : 26,719 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 306 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 151 kes;dan
  • Kes kematian : 15 kes (1,477 kes kumulatif, 0.37%; 15 warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,019 kes (32.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 819 kes (80.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 523 kes (16.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 440 kes (14.0 peratus).

Sebanyak lima (5) kes (0.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan pusat tahanan yang membabitkan Kluster Pagar Sri Lalang (3 kes) dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes).

Terdapat 15 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam (6) kes di Sarawak, dua (2) kes di Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Johor, Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, dan Pahang. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 28 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,626 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,256 kluster [termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Layar, Kluster Emas Bemban, Kluster Pengkalan Nangka Tumpat, Kluster Perindustrian Pekan Nanas, Kluster Chendering Height, Kluster Kemuning Enam, Kluster Hilir Sungai Kluang, Kluster Sungai Putus, dan Kluster Tembok Bukit Besi];
  • Jumlah kluster aktif : 370 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 68 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pulai Chondong (66 kes), Kluster Pintu Air Relau (30 kes), dan Kluster Layar Hujung (22 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat (4) kluster sektor pendidikan termasuk dua (2) kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), empat (4)  kluster komuniti, dua (2) kluster tempat kerja, dan masing-masing satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi, dan kluster keagamaan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1MeluguSarawakInstitusi Pendidikan KPM
2MadaiSabahInstitusi Pendidikan KPM
3Layar HujungKedahPendidikan Lain
4Jalan Gombak DuaSelangorPendidikan Tinggi
5Ulu StrassSarawakKomuniti
6Jalan MaharajalelaPerakKomuniti
7Taman WiraJohorKomuniti
8Pintu Air RelauKedahKomuniti
9Jalan RimbunanWP Kuala LumpurTempat Kerja
10Jalan BakariahJohorTempat Kerja
11Jalan SekinchanSelangorKumpulan Berisiko Tinggi
12Leboh GambusSelangorKeagamaan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 April 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,019 (4)130,542
SABAH8757,916
JOHOR19445,010
WP KUALA LUMPUR440 (7)43,042
SARAWAK416 (1)29,377
PULAU PINANG9819,398
NEGERI SEMBILAN6118,503
PERAK69 (1)14,540
KELANTAN  52312,967
KEDAH1209,683
MELAKA427,276
PAHANG155,032
TERENGGANU404,137
WP LABUAN42,451
WP PUTRAJAYA131,361
PERLIS1358
JUMLAH KESELURUHAN3,142 (13)401,593

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,142 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,019 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk 40 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gombak Dua, Kluster Jalan Sekinchan, dan Kluster Leboh Gambus;
    • 759 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 196 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 523 kes 
    • 142 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 304 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 77 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 440 kes  
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rimbunan;
    • 255 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tujuh (7) kes import dari luar negara; dan
    • 160 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 416 kes
    • 76 kes daripada kluster-kluster, termasuk 22 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Melugu dan Kluster Ulu Strass;
    • 267 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 72 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 194 kes  
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bakariah dan Kluster Taman Wira;
    • 130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 120 kes
    • 76 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Layar Hujung dan Kluster Pintu Air Relau;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 98 kes 
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 87 kes 
    • 21 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Madai;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 69 kes
    • 24 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Maharajalela;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 61 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 40 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 42 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 15 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 13 kes
    • Empat (4) kesdaripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gombak Dua; dan
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 15 kes kematian pada 28 April 2021 adalah seperti berikut:

No.   Kematian  Negeri  Jantina  (warganegara) Umur (tahun)  Hospital Tempat Kematian  Latar Belakang  
1463SarawakLelaki (WN)55Hospital SibuPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
1464SabahPerempuan (WN)81Hospital TawauPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1465SarawakLelaki (WN)30Jenazah dibawa ke Hospital BintuluPenyakit darah tinggi dan gout
1466SarawakPerempuan (WN)80Hospital Umum Sarawak, KuchingPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1467KelantanLelaki (WN)69Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
1468SelangorLelaki (WN)76Hospital Sungai BulohPenyakit buah pinggang kronik, strok, dan gout
1469KelantanLelaki (WN)84Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit darah tinggi
1470Pulau PinangLelaki (WN)37Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis, obesiti, dan asma
1471SarawakPerempuan (WN)77Hospital Umum Sarawak, KuchingPenyakit kencing manis dan buah pinggang kronik
1472JohorPerempuan (WN)50Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
1473SarawakLelaki (WN)52Jenazah dibawa ke Hospital BintuluPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1474PerakPerempuan (WN)58Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan asma
1475SarawakLelaki (WN)38Jenazah dibawa ke Hospital SibuObesiti
1476Negeri SembilanLelaki (WN)57Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit gout dan obesiti
1477PahangPerempuan (WN)76Hospital RaubPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER MELUGU

Kluster institusi pendidikan KPM melibatkan daerah Sri Aman dan Lubuk Antu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394648) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar sebuah sekolah yang terletak di Pekan Sri Aman. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 582 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MADAI

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Lahad Datu dan Kunak di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354937) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Kampung Madai, Kunak. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LAYAR HUJUNG

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-398303) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institut pengajian yang terletak di Sungai Layar Hujung, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN GOMBAK DUA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Langat di Selangor; daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-396349) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Gombak. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER ULU STRASS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-378743) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di  Jalan Ulu Strass, Meradong. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MAHARAJALELA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak, daerah Kuala Muda di Kedah, serta daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-371629) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini melibatkan sebuah perjumpaan yang diadakan di Jalan Padang Tembak off Jalan Maharaja Lela, Teluk Intan. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN WIRA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kluang, Batu Pahat dan Kulai di Johor. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-388537 dan kes ke-388554) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks di Taman Wira Simpang, Kluang. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 134 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PINTU AIR RELAU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bandar Baharu dan Kota Setar di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-395626) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Pintu Air, Relau, Bandar Baharu. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN RIMBUNAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-393277) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Rimbunan Raya, Laman Rimbunan, Kepong. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 88 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BAKARIAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385606) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perladangan yang terletak di Jalan Bakariah, Muar. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SEKINCHAN

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385296) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan penghuni-penghuni sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Sekinchan, Pandamaran, Klang. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LEBOH GAMBUS

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-375474) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Leboh Gambus 14, Taman Desawan, Klang. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana 61 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED