Translate

29 April 2021

Murid Tahun Satu Maut Digilis Lori Selepas Terjatuh Motosikal (Video)

Murid Tahun Satu maut selepas terjatuh daripada motosikal

 

Murid Tahun Satu maut digilis lori selepas terjatuh motosikal

Astro Awani
29/4/2021

KEMAMAN: Seorang murid Tahun Satu maut selepas terjatuh daripada motosikal yang diboncengnya sebelum digilis lori di Kilometer 172 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Kampung Felda Neram di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Muhammad Nur Rifqi Khairulamru meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Nenek dan sepupunya pula mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, motosikal yang ditunggang nenek mangsa berusia 59 tahun tergelincir sewaktu melalui bahu jalan yang agak tinggi.

Keadaan itu dipercayai menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikal sebelum digilis sebuah lori membawa muatan arang batu yang datang dari belakang.

Motosikal itu kemudian hilang kawalan menyebabkan nenek dan sepupu mangsa turut terjatuh di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakala dua lagi yang lain dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut," katanya.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 37 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 4 hrs 15 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemilihan Kali Ini PKR Adalah Kerajaan, Saya Tak B' 5 hrs 3 mins ago