Translate

29 April 2021

Presiden Pas Hadi Awang Dimasukkan Ke IJN

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Hadi Awang dimasukkan ke IJN

Astro Awani
28/4/2021

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), kata setiausaha politiknya, Syahir Sulaiman.

Dalam satu perkongsian di laman Facebook rasmi Abdul Hadi, malam ini, Syahir berkata, beliau akan menerima rawatan selama beberapa hari.

"Adalah dimaklumkan bahawa YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.

"Marilah kita berdoa agar YB Dato' Seri Tuan Guru dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berkhidmat kepada ummah. Terima kasih," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bila Abdul Hadi dimasukkan ke IJN dan punca beliau dirujuk ke pusat rawatan berkenaan.

Pada 15 Februari lalu, Abdul Hadi dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

Beliau dibenarkan keluar beberapa hari kemudian selepas menerima rawatan.


FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hadi-awang-dimasukkan-ke-ijn-295565?utm_source=newsletter&utm_medium=email&utm_campaign=20210429+Newsletter#.YInmhp3sSWI.whatsapp

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 5 mins ago
A visitor from New york viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 7 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Penghormatan terakhir untuk semua' 10 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Suami isteri berdepan detik cemas kereta langgar g' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori direman empat hari |' 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 50 mins ago