Translate

26 April 2021

Malaysia sekat kemasukan sesiapa yang datang daripada India dan menyekat semua penerbangan Daripada India - Ismail Sabri




Malaysia sekat kemasukan warga India, ini tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Astro Awani
April 26, 2021 19:39 MYT

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media harian, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia menyekat penerbangan keluar masuk dari India bagi mencegah kemasukan varian baharu dari negara itu untuk mencegah penularan COVID-19 dalam negara.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media harian, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

1. Mana-mana pengembara yang memulakan perjalanan dari mana-mana destinasi di India sama ada menaiki penerbangan secara terus atau transit untuk ke Malaysia adalah dilarang untuk memasuki Malaysia. Larangan ini turut terpakai bagi penumpang yang transit di Malaysia untuk ke negara ketiga.


2. Hanya warganegara Malaysia, pasangan dan keluarga diberi pengecualian dengan tempoh kuarantin 14 hari.

3. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di kawasan pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh, Kapit berkuat kuasa 27 April sehingga 26 Mei 2021.

4. PKPD di sembilan buah Rumah Panjang Sungai Duan, Bahagian Mukah diperluas ke beberapa kawasan iaitu Rumah Panjang Belayong, Rumah Panjang Tepi, Rumah Panjang Minggu, Rumah Panjang Rimong, Rumah Panjang Undun, Rumah Panjang Lindan dan SK Sungai Duan.

5. Beberapa PKPD pula ditamatkan mengikut jadual iaitu di Pusat Komuniti Bersepadu Pulau Serai, Pekan, empat perkampungan dalam daerah Temerloh, Pahang (Kampung Paya Pulai Tengah, Kampung Pulau Terap, Paya Pulai- Kampung Batu 4, Paya Pulai – Kampung Batu 5), Pasar dan Perumahan Sim Sim serta Kampung Sungai Obar Batu 7, Sandakan, Kampung Melangkap Tomis, Kota Belud dan Taman Villa Mas, Tawau.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED