Translate

24 April 2021

Azlan Man Menggantikan Shahidan Kassim Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis - Zahid

Datuk Seri Azlan Man akan menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis

Azlan ganti Shahidan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis - Zahid

Astro Awani
24/4/2021

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man akan menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Perkara itu dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Jelasnya pertukaran itu berkuatkuasa serta merta hari ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim digantikan kepada Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar Perlis.

"Pertukaran ini berkuatkuasa mulai hari ini. Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Shahidan Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau," jelas Ahmad Zahid.

Shahidan sebelum ini adalah antara pemimpin UMNO yang dilihat lantang dengan pendiriannya bahawa parti itu perlu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED