Translate

30 April 2021

Anggota Tidak Pakai Pelitup Muka? ini Penjelasan Ketua JSPT Kuala Lumpur

Anggota tidak pakai pelitup muka

Anggota tidak pakai pelitup muka? ini penjelasan Ketua JSPT Kuala Lumpur

Astro Awani
30/4/2021

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Trafik Kuala Lumpur membuat laporan berhubung tindakan seorang individu yang mengambil gambarnya dan tularkan di media sosial kerana tidak memakai pelitup muka.

Tampil memberikan penjelasan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku ketika anggota tersebut sedang bertugas.

"Anggota berkenaan mengawal jalan raya di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Lorong Tunku Abdul Rahman 7 iaitu kawasan pasar malam mulai jam 1 petang hingga 10 malam, pada Rabu.

"Pada jam 8 malam dia baru berbuka puasa bersama lima rakan sekerja yang lain di bawah sebuah khemah di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Asfahan (berhampiran Sogo).

"Selepas berbuka puasa anggota ini menuju ke motosikal untuk meneruskan tugasannya dan dipercayai gambar tersebut telah dirakam sebelum dia memakai semula topeng muka dan helmet untuk meneruskan rondaannya," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata, anggota trafik itu telah membuat laporan polis pada Khamis kerana cubaan menjatuhkan maruahnya dan PDRM.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 45 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 46 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 56 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 5 hrs 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 59 mins ago
A visitor from Muar town viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 6 hrs 5 mins ago