Translate

27 April 2021

Pelajar Matrikulasi Dikompaun RM1,500 Dikecualikan Sebarang Bayaran (Video)

Pelajar matrikulasi dikompaun RM1,500 dikecualikan sebarang bayaran

Pelajar matrikulasi dikompaun RM1,500 dikecualikan sebarang bayaran

Astro Awani
27/4/2021

SELAMA: Enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka minggu lalu, akhirnya dikecualikan daripada sebarang bayaran.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin, berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perak susulan rayuan semua pelajar terbabit.

"Saya berjumpa sendiri dengan Pegawai Kesihatan Kampar, berbincang dengan Pengarah Kesihatan Negeri, jadi pelajar-pelajar tidak perlu membayar apa-apa pun dan kes (dianggap) selesai,” katanya ketika ditemui semasa melawat Klinik Kesihatan Selama di sini, pada Selasa.

Mohd Akmal menyifatkan keputusan itu sebagai terbaik berdasarkan situasi berkenaan dan membantu pelajar-pelajar berkenaan terbabit yang datang daripada keluarga asnaf.

Malah, katanya, beliau sendiri telah berjumpa dengan salah seorang bapa pelajar terlibat untuk memberi semangat.

Sehubungan itu, beliau berharap isu tersebut tidak dipanjangkan lagi bagi memberi ruang kepada semua pelajar terbabit yang sedang menduduki peperiksaan.

Pada 19 April lalu, tular di laman sosial mengenai beberapa pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan itu kerana pelajar-pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED