Translate

29 April 2021

15 Kereta Dihempap Bumbung Parkir Hospital Runtuh

15 kereta dihempap bumbung parkir hospital runtuh

 
15 kereta dihempap bumbung parkir hospital runtuh

Astro Awani
29/4/2021

TELUK INTAN: Sebanyak 15 kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap bumbung parkir yang roboh ketika ribut dan hujan lebat di Hospital Teluk Intan, pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata selain parkir, sebahagian bumbung laluan pejalan kaki turut runtuh dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu.

"Bagaimanapun, kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa. Hanya 15 kereta mengalami kerosakan antaranya cermin hadapan pecah selain kemik pada badan kenderaan.

"Pihak Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan parkir tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, pengadu iaitu salah seorang pemilik kereta menyedari kejadian itu ketika mahu mengambil kenderaannya berhampiran Jabatan Pesakit Luar hospital berkenaan.

FOR MORE NEWS GO TO:
15 kereta dihempap bumbung parkir hospital runtuh

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED