Translate

28 April 2021

Kompaun peniaga RM50,000: Itu tidak sepatutnya berlaku - Ismail Sabri




Kompaun peniaga RM50,000: Itu tidak sepatutnya berlaku - Ismail Sabri
Astro Awani
April 27, 2021 18:52 MYT

Media sebelum ini melaporkan, seorang peniaga burger dan colek di dua kampung berasingan di Kota Bharu, dikenakan kompaun RM50,000 kerana didakwa beroperasi melebihi masa ditetapkan pada Ahad malam lalu.

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil tindakan susulan berhubung isu kompaun RM50,000 yang dikenakan ke atas peniaga yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan kompaun itu berada di luar bidang kuasanya, namun secara peribadi beliau menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun, peniaga terlibat masih boleh membuat rayuan terhadap kompaun berkenaan.
"Menteri Undang-undang telah beri penjelasan bahawa saman RM50,000 keterlaluan sebab RM50,000 itu adalah berkaitan syarikat, namun ia bukan bidang kuasa kita, ia di bawah kuasa polis, untuk buat rayuan di bawah KKM.

"Saya lihat Menteri Kesihatan telah buat kenyataan media dan saya percaya Menteri Kesihatan lihat perkara ini dan akan diambil tindakan.Kita tunggulah. Namun bagi diri saya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Namun mereka masih boleh merayu," katanya dalam sidang media pada Selasa.

Media sebelum ini melaporkan, seorang peniaga burger dan colek di dua kampung berasingan di Kota Bharu, dikenakan kompaun RM50,000 kerana didakwa beroperasi melebihi masa ditetapkan pada Ahad malam lalu.


Tindakan yang dikenakan terhadap mereka yang masing-masing berniaga kecil-kecilan di depan rumah menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak yang menganggap ia keterlaluan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Ketua polis balai bakal berdepan tindakan tatatert' 35 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Nora Mohon Cerai Susulan Gangguan Dan Desakan 'Pih' 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MENYAMAR SEBAGAI PETUGAS PERUBATAN JABATAN KESIHAT' 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RESIT BAYARAN PALSU 2 LELAKI DITAHAN MAKAN PERCUMA' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RESIT BAYARAN PALSU 2 ANGGOTA BOMBA DISIASAT | BES' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SPR sasar lebih 70 peratus keluar' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KDN siasat video papar Jalur Gemilang tidak lengka' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cable car crash caused by broken support cable | B' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terh' 1 hr 33 mins ago