Translate

28 April 2021

Bubur Lambuk Dari Istana Johor "Air Tangan" Sultan Ibrahim

Bubur lambuk dari Istana Johor’ yang disediakan sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Bubur lambuk dari Istana Johor "air tangan" Sultan Ibrahim

BERNAMA
28/4/2021

JOHOR BAHRU, 28 April -- Sebahagian rakyat Johor di Kluang hari ini berpeluang menikmati ‘Bubur lambuk dari Istana Johor’ yang disediakan sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim meluangkan masa hampir sejam bersama kakitanan istana bagi menyediakan bubur lambuk tersebut.

Baginda menyediakan bubur lambuk itu menggunakan pengacau khas yang diperbuat daripada kayu giam oleh tukang kayu peribadi baginda di Mersing, demikian menurut hantaran itu.

Sebanyak 200 paket bubur lambuk dari Istana Johor akan disampaikan kepada pesakit kanser di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail manakala 1,100 paket lagi akan diagih kepada rakyat di daerah Kluang.

“Bubur lambuk yang dimasak hari ini akan disampaikan kepada rakyat dan juga pesakit kanser menerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor,” titah Sultan Ibrahim menerusi hantaran berkenaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 1 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarter' 11 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bapa Zayn Rayyan Hadir Ke Mahkamah Berkerusi Roda ' 30 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan lelaki ceroboh kem tentera di Gerik | ' 42 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'BNM mungkin pertimbang penurunan OPR sebagai langk' 44 mins ago