Translate

09 April 2025

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah kepada Nazri



Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah kepada Nazri

Bernama

09/04/2025


Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada Nazri untuk menjalankan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan keberkatan, menurut catatan di Facebook Kesultanan Pahang.


KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Nazri Abu Bakar yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang baharu berkuat kuasa semalam.

Baginda berdua bertitah pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap pengalaman dan dedikasi beliau untuk terus menjalankan tanggungjawab serta memikul amanah yang diberikan dengan penuh kebijaksanaan.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan harapan agar Setiausaha Kerajaan Pahang baharu ini dapat memanfaatkan pengalaman serta kepimpinan yang dimiliki untuk terus membawa pembangunan negeri ke arah yang lebih gemilang.

"Kepimpinan yang penuh dengan kebijaksanaan, ketegasan serta komitmen yang tinggi amat diperlukan dalam memastikan perkhidmatan awam negeri ini terus berfungsi dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat.

"Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan kekuatan kepada Datuk Nazri untuk menjalankan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan keberkatan," menurut catatan di Facebook Kesultanan Pahang semalam.

Dalam pada itu, baginda berdua juga turut berdoa agar segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan akan membawa manfaat yang besar kepada negeri ini serta memartabatkan lagi nama Pahang di persada negara.

Nazri yang sebelum ini Pegawai Kewangan Negeri Pahang dilantik menggantikan Datuk Seri Zulkifli Yaacob yang bersara wajib pada Isnin setelah berkhidmat selama 36 tahun bermula sebagai Penolong Pegawai Daerah (Tanah) di Pejabat Daerah Jerantut pada 1 Ogos 1989.

Surat pelantikannya diserahkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar semalam dan Istiadat Pengurniaan Surat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah jawatan Setiausaha Kerajaan Pahang akan berlangsung di Istana Abdulaziz di sini pagi ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 3 hrs 40 mins ago