Translate

15 August 2020

Pemilik rangkaian Restoran Ali Maju akur notis penutupan sementara sebuah restorannya di Taman Sri Rampai


Astro Awani

Ogos 15, 2020 19:46 MYT

KUALA LUMPUR: Pemilik rangkaian Restoran Ali Maju Sendirian Berhad, Datuk Jawahar Ali Taib Khan hari ini berkata pihaknya akur dengan notis penutupan sementara yang dikenakan ke atas salah sebuah restoran miliknya.

Ia selepas tular di laman sosial mengenai notis penutupan salah sebuah cawangan restoran itu di Wisma Rampai di ibu negara pada Sabtu.

Jelas Jawahar Ali, pengurusan restoran sentiasa peka dengan apa jua keadaan persekitaran dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 sejak melanda negara pada Mac lalu.

"Buat masa ini, cawangan di Wisma Rampai ini ditutup sementara seperti mana diarahkan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama empat belas hari bagi kerja-kerja pembasmian kuman di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit," katanya kepada Astro AWANI.

Tambahnya, seperti mana kebiasaannya, menjadi amalan pihak pengurusan rangkaian Restoran Ali Maju untuk akur dengan arahan pihak berwajib demi kebaikan bersama.

Terdahulu, satu gambar notis penutupan dari Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur terhadap salah sebuah cawangan restoran itu di Sri Rampai tular di laman sosial.




 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Hukuman lebih berat menanti individu yang membuang' 1 min ago
A visitor from Los angeles viewed 'BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Hukuman lebih berat menanti individu yang membuang' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihat' 3 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '23 people, including 7 policemen, injured in bomb ' 3 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from Dallas viewed 'Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion da' 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion da' 6 mins ago