Translate

30 August 2020

SPRM nafi keluar kenyataan siasat dakwaan sogokan di PRK Slim (1 Video)

PRK SLIM | SPRM Nafi Keluar Kenyataan Siasat Rasuah

 

 BERNAMA

30/08/2020 05:22 PM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan media bertajuk 'SPRM siasat pemberian wang sogokan PRK N58 DUN Slim' yang mempunyai kaitan dengan satu lagi berita palsu tentang video tular pemberian wang sogokan semalam.

SPRM dalam kenyataannya hari ini turut memohon semua pihak agar menyalurkan maklumat kepada pihaknya atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku.

"Semua pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim digalakkan untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada SPRM atau PDRM," demikian menurut kenyataan itu.

Hari ini tular di media sosial kenyataan mendakwa SPRM menyiasat pemberian wang sogokan pada PRK DUN Slim.

Kenyataan palsu itu menyusuli berita palsu yang tular semalam mendakwa SPRM mengesahkan telah menerima video tular berkaitan penawaran wang sogokan daripada peraih undi kepada bakal pengundi DUN Slim.

-- BERNAMA

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipert' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Petaling Street Stripper Identified as Shanna Avri' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rafizi Cuti Panjang Sehingga 31 Mei | BEST FBKL' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bank Pembangunan Malaysia muktamadkan pengambilali' 3 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Bakal Pengantin Maut Dua Hari Sebelum Majlis Perka' 4 hrs ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tan Sri Ditahan | BEST FBKL' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'April 2025' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Saiful Apek Bukan Ditahan Polis | BEST FBKL' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 5 hrs 24 mins ago