Translate

27 August 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases-5 (Imported -2, Local-3), Active Cases-177, Total Cases-9296 | Total Deaths- 125

 


Terkini #COVID19Malaysia 27 Ogos Kes sembuh= 16 Jumlah kes sembuh= 8,994 Kes positif= 5 (kes import 2, kes tempatan=3) Jumlah positif= 9,296 Kes kematian=0 Jumlah kes kematian= 125 Kes dirawat di ICU= 8 Bantuan Alat Pernafasan= 6

Kenyataan Akhbar KPK 27 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,994 kes (96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 27 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lima (5) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,296 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 177 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada lima (5) kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara iaitu negara Filipina dan Mesir yang melibatkan warganegara. Kes import ini dilaporkan di Selangor.

Kesemua tiga (3) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia di negeri Melaka iaitu:

  • Dua (2) kes saringan pra pembedahan di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak; dan
  • Satu (1) kes saringan bergejala di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak.

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

R NAUGHT (R0) BAGI COVID-19 DI MALAYSIA

Sebagaimana semua sedia maklum, R naught (R0) adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh kes tersebut. R0 tertinggi yang direkod di Malaysia adalah 1.37 pada 22 Julai 2020 dan R0 terendah adalah 0.58 pada 4 Ogos 2020. Selepas 4 Ogos 2020, kluster-kluster baru mula dilaporkan di Malaysia termasuklah Kluster Tawar dan R0 telah meningkat. Pada 26 Ogos 2020, R0 yang dilaporkan adalah 0.74. 

Sumber: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), KKM

KKM sentiasa berusaha untuk mengurangkan R0 kepada kurang daripada 1 secara berterusan. Ia membantu memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Oleh itu, masyarakat diminta untuk terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh kerajaan.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) SECARA PENTADBIRAN DI AMAN JAYA, KEDAH

Sehingga 27 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 4,521 orang telah disaring dalam Kluster Tawar. Pada hari ini, tiada kes baharu yang dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 bagi kluster ini adalah sebanyak 73 kes. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (3,983 disaring):
    • 62 kes dikesan positif COVID-19 [3 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)];
    • 3,453 individu adalah negatif; dan
    • 468 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (527 disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19 [2 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)];
    • 516 individu adalah negatif.
  3. Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif. Tiada saringan baharu.

Kes pertama bagi Kluster Tawar dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan pada 12 Ogos 2020 dan Kluster Tawar diistiharkan pada 13 Ogos 2020. Dalam tempoh 14 hari, sebanyak 72 kes positif telah dikesan bagi kluster ini (kadar positiviti adalah sebanyak 1.61%) sehingga melibatkan tiga (3) generasi. Pecahan kes bagi setiap generasi adalah seperti berikut:

  • Generasi pertama terdapat 29 kes;
  • Generasi kedua 23 kes; dan
  • Generasi ketiga 20 kes.

Mengambil kira peningkatan kes yang mendadak sehingga melibatkan daerah dan negeri lain, pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan kajian virologi terhadap Kluster Tawar. Sebanyak 14 sampel telah diambil bagi tujuan full genome sequencing dan sebanyak empat (4) sampel berjaya mendapat virus untuk sequencing. Didapati virus tersebut mempunyai mutasi D614G.

Virus Kluster Tawar ini (4 sampel) dibandingkan dengan virus daripada Kluster PUI Sivagangga (3 sampel). Hasil menunjukkan bahawa ketujuh-tujuh virus ini adalah daripada clade yang sama. Ini mencadangkan bahawa Kluster Tawar dan Kluster PUI Sivagangga adalah daripada sumber yang sama. Namun begitu, siasat lanjut masih dijalankan.

Selain dari aktiviti-aktiviti kesihatan awam seperti pengesanan aktif kes dan kontak untuk membendung penularan jangkitan COVID-19, penilaian risiko bagi Kluster Tawar telah dijalankan. Penilaian risiko mendapati:

  • taburan kes positif COVID-19 tidak tertumpu di suatu lokaliti;
  • penularan dilaporkan berlaku daripada kes asymptomatic;
  • penularan telah berlaku ke generasi ketiga;
  • virus D614G sama dengan virus Kluster Sivagangga;
  • kawasan penempatan yang padat;
  • banyak pergerakan penduduk (high mobility) dalam dan antara daerah; dan
  • liputan saringan penduduk yang masih rendah (kadar positivity lebih daripada 1%).

Justeru, telah diputuskan agar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran dilaksanakan di Aman Jaya, Kedah berkuatkuasa jam 12.01 malam, 28 Ogos 2020 sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan oleh KKM dan melibatkan tiga (3) zon di Aman Jaya iaitu:

  • Kenanga
  • Mawar
  • Melur

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) merupakan satu tindakan Kerajaan yang membolehkan aktiviti kesihatan awam dijalankan. Terutamanya pengesanan kes baharu di sesebuah lokasi berisiko tinggi yang dikesan mempunyai penularan jangkitan COVID-19. Masyarakat adalah diseru untuk memberikan kerjasama kepada barisan hadapan kerana matlamat akhir yang ingin dicapai oleh semua orang adalah menangani wabak COVID-19 dengan berkesan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM berharap orang ramai agar kekal waspada dan terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS032
KEDAH0212
PULAU PINANG0136
PERAK0269
SELANGOR2 (2)2,161
NEGERI SEMBILAN01,034
MELAKA3262
JOHOR0751
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0417
SARAWAK0696
W.P. KUALA LUMPUR02,560
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN5 (2)9,296

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


PERINCIAN KES BAHARU (5) MELAKA - 3 2 kes jangkitan tempatan WN saringan pra-pembedahan 1 kes jangkitan WN tempatan saringan bergejala SELANGOR -2 1 kes import WN pulang dari Filipina 1 kes import WN pulang dari Mesir

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED