Translate

28 August 2020

138 individu telah disaring di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak - Covid-19


Astro Awani

28 Ogos 20202

KUALA LUMPUR: Seramai 138 individu telah disaring susulan tiga kes positif COVID-19 membabitkan dua pesakit awam dan seorang anggota tentera di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di Melaka pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Awam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat.

"Adalah disahkan tiga (3) kes yang di kesan di HAT Kem Terendak melibatkan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada 24 Ogos 2020 yang terdiri dari dua orang pesakit awam dan seorang anggota tentera.

"Pesakit awam berkenaan dikesan sewaktu saringan pra pembedahan dan anggota tentera tersebut dikesan setelah mendapatkan rawatan kerana bergejala.

 Kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Melaka bagi tujuan isolasi dan siasatan lanjut," jelas kenyataan media itu.

Ketika ini Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah mengambil tindakan pantas melalui pelaksanaan SOP Kawalan Jangkitan Peringkat Hospital bagi siasatan dan pengesanan kontak rapat.

Ia melibatkan siasatan kepada petugas hospital, kerja disinfeksi di kawasan disyaki tercemar, ujian saringan serta isolasi.

"Sehingga kini ujian swab ke atas 138 orang disyaki kontak rapat telah dilaksanakan dan sedang menunggu keputusan. 

Usaha ini dilaksanakan adalah bagi menjamin keselamatan semua petugas hospital, para pesakit dan kelangsungan perkhidmatan hospital itu sendiri," menurut kenyataan media.

Pada masa yang sama, pemantauan rapi dan penilaian berterusan dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) ATM dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mewujudkan kebimbangan kepada masyarakat setempat.


Source : Astro Awani

COVID-19: 138 individu telah disaring di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED