Translate

29 August 2020

Parti Maju Sabah (SAPP) kini bersama Perikatan Nasional


Sabah Memilih: Parti Maju Sabah kini bersama PN

Astro Awani 

29 August 2020

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengesahkan Parti Maju Sabah (SAPP) menyertai Perikatan Nasional (PN).

Keputusan itu dibuat selepas Majlis Tertinggi PN bersetuju menerima SAPP sebagai anggota mereka.

Surat penerimaan parti tempatan Sabah itu dalam PN diserahkan Muhyiddin dalam satu majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Pimpinan Masyarakat Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) malan ini.

Surat penerimaan itu juga diserahkan Muhyiddin kepada Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee

"Saya terlebih dahulu menngucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas minat SAPP untuk memohon menjadi anggota PN.

"Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat pada 19 Ogos lalu sebulat suara bersetuju menerima SAPP sebagai anggota PN," katanya menerusi surat penerimaan itu.

Muhyiddin berharap keanggotaan SAPP dalam PN akan menjadi pemangkin kepada kejayaan dalam melaksanakan segala tujuan dan matlamat parti untuk membela kebajikan rakyat.

Dengan penyertaan itu, PN kini mengukuhkan kedudukannya di Sabah selepas disertai Bersatu, UMNO, MCA, Parti Solidariti Tanah Air (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Teck Lee pernah mengemudi Sabah sebagai Ketua Menteri selama dua tahun iaitu dari 1996 hingga 1998.

Source : Astro Awani

Sabah Memilih: Perikatan Nasional perlu kerja keras promosi logo parti

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 5 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'RAMADAN " BUKA PUASA " BUFFET OFFERS 2013 - E - FL' 43 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pensyarah didakwa lakukan s**s guna objek, persetu' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM arah NACSA, MKN bekerjasama rap' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bekas pekerja restoran mengaku tidak bersalah soko' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Sumbangan Asas Rahmah diperluas kepada 5.4 juta pe' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sembilan ahli kongsi gelap direman bantu kes lelak' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki OKU tu' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bekas kontraktor dipenjara 30 tahun bunuh isteri |' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pensyarah didakwa lakukan s**s guna objek, persetu' 1 hr 18 mins ago