Translate

28 August 2020

84 individu dikompaun, empat lagi direman - Ismail Sabri


Astro Awani

28 Ogos 2020


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 88 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu 84 individu dikenakan kompaun manakala empat lagi direman.

"Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan/ catitan keluar masuk (31), tidak memakai pelitup muka (15), premis beroperasi lebih masa (3), parti persendirian (32) serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (7)," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM pula, kata beliau, telah menjalankan 64,658 pemeriksaan pada Khamis bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Sebanyak 4,545 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 16,334 anggota telah membuat pemantauan di 4,074 pasar raya, 5,511 restoran serta 1,261 penjaja, 1,757 kilang, 4,002 bank dan 936 pejabat kerajaan.

 Juga dipantau, sebanyak 1,133 terminal pengangkutan darat, 246 terminal pengangkutan air serta 109 terminal pengangkutan udara," katanya.

Bagi Operasi Benteng pula yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempatan Malaysia (AKSEM), katanya, sebanyak 62 sekatan jalan raya telah dilakukan di seluruh negara.

"Semalam (27 Ogos 2020), PDRM telah mengadakan 62 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 25,503 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus dan tiada sebarang tangkapan dilakukan," ujar beliau lagi.

Source : Astro Awani

Image

Image

Image

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED