Translate

26 August 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases-6 (Imported -1, Local-5), Active Cases-188, Total Cases-9291 | Total Deaths- 125

 Status terkini COVID-19 setakat 26 Ogos 2020

Jumlah discaj baru: 7 Jumlah kumulatif discaj: 8978 (96.6%) Jumlah kes baru; 6 Jumlah kumulatif: 9291 Jumlah kes aktif: 188 Jumlah kematian: 0 Jumlah kumulatif kematian: 125 (1.35%) Jumlah kes di ICU: 9 Pesakit intubated: 6

Kenyataan Akhbar KPK 26 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat tujuh (7) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,978 kes (96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 26 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,291 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 188 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada enam (6) kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara iaitu negara Singapura yang melibatkan bukan warganegara. Kes import ini dilaporkan di Selangor.

Kesemua lima (5) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia di negeri Kedah iaitu:

  • Tiga (3) kes daripada Kluster Tawar. Kluster ini akan diperincikan di bawah;
  • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah;
  • Satu (1) kes saringan bergejala di Hospital Sultanah Bahiyah.

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR DAN INTERVENSI KESIHATAN AWAM

Terdapat tiga (3) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak 73 kes. Sehingga 26 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 4,051 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (3,514 disaring):
    • 62 kes dikesan positif COVID-19;
    • 2,884 individu negatif; dan
    • 568 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (526 disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19;
    • 513 individu negatif; dan
    • Dua (2) individu masih menunggu keputusan.
  3. Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif. Tiada saringan baharu.

Ingin dimaklumkan bahawa KKM telah menjalankan pelbagai intervensi kesihatan awam termasuk aktiviti-aktiviti pencegahan penularan jangkitan COVID-19. Ianya telah dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi lain. Langkah ini diambil bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 di dalam kluster ini terutamanya di negeri Kedah yang telah melaporkan 85 peratus daripada kes positif kluster ini. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

  1. Mempertingkatkan aktiviti pengesanan kes secara aktif;
  2. Mempertingkatkan penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP);
  3. Penutupan sekolah dan premis yang terlibat untuk menjalankan aktiviti nyah kuman dan nyah cemar; dan
  4. Mempertingkatkan komunikasi risiko, termasuk memaklumkan situasi terkini COVID-19 kawasan-kawasan yang terjejas  melalui media massa.

Aktiviti-aktiviti ini masih diteruskan di lapangan termasuk saringan kontak rapat kes positif COVID-19. Situasi semasa kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM berharap orang ramai agar kekal waspada dan terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS032
KEDAH5212
PULAU PINANG0136
PERAK0269
SELANGOR1 (1)2,159
NEGERI SEMBILAN01,034
MELAKA0259
JOHOR0751
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0417
SARAWAK0696
W.P. KUALA LUMPUR02,560
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN6 (1)9,291

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PERINCIAN KES BAHARU (6)

SELANGOR - 1 1 kes import BWN dari Singapura KEDAH - 5 3 kes WN kluster Tawar 1 kes WN SARI 1 kes WN kes saringan bergejala


Image


Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED