Translate

28 August 2020

Harga RON95, RON97 naik 1 sen, diesel turun 2 sen


Harga runcit petrol bagi tempoh 29 Ogos - 4 Sept 2020


BERNAMA

28/08/2020 06:30 PM



KUALA LUMPUR, 28 Ogos -- Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen, manakala diesel turun dua sen bagi tempoh 29 Ogos hingga 4 Sept ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.72, RON97 (RM2.02) dan diesel (RM1.78).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.



-- BERNAMA 

Image


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED