Translate

29 August 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases-11 (Imported -10, Local-1), Active Cases-154, Total Cases-9317 | Total Deaths- 125

Terkini #COVID19Malaysia 29 Ogos Kes sembuh= 8 Jumlah kes sembuh= 9,038 Kes positif= 11 (kes import=10, kes tempatan= 1) Jumlah positif= 9,317 Kes kematian= 0 Jumlah kes kematian= 125 Kes dirawat di ICU= 8 Bantuan Alat Pernafasan= 6

Kenyataan Akhbar KPK 29 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan (8) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,038 kes (97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 29 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 11 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak, 9317 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 154 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 11 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan enam (6) warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara. 10 kes import tersebut adalah dari negara:

  1. India (7 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kes di Selangor);
  2. Indonesia (1 kes di Selangor); dan
  3. Qatar (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Satu (1) kes penularan di dalam negara melibatkan satu (1) warganegara Malaysia. Kes dikesan di negeri Sarawak adalah daripada saringan pra pembedahan di Hospital Umum Sarawak.

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

SARINGAN KESIHATAN DI HOSPITAL ANGKATAN TENTERA KEM TERENDAK

Pada 27 Ogos 2020, pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CRPC) Kebangsaan, KKM telah dimaklumkan mengenai kes positif COVID-19 dalam kalangan anggota di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, dua (2) kes dikesan melalui saringan pra pembedahan dan satu (1) kes adalah daripada saringan bergejala di hospital tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pihak Angkatan Tentera Kem Terendak bersama pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah membuat penilaian risiko ke atas anggota. Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat kes-kes positif dikenal pasti. Bagi kontak rapat yang telah dikenal pasti, saringan gejala dan pengambilan ujian pengesanan COVID-19 dijalankan. Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah diberikan kepada kontak rapat. Bagi individu yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan teruk, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi dan rawatan lanjut.

Sehingga 29 Ogos 2020, seramai 109 orang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif tersebut. Mereka telah disaring dan masih menunggu keputusan ujian COVID-19. Saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM berharap orang ramai agar kekal waspada dan terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS032
KEDAH0213
PULAU PINANG0136
PERAK0269
SELANGOR2 (2)2,166
NEGERI SEMBILAN01,034
MELAKA0262
JOHOR0751
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0417
SARAWAK1698
W.P. KUALA LUMPUR8 (8)2,573
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN11 (10)9,317

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PERINCIAN KES BAHARU (11) KL - 8 6 kes import WN pulang dari India 1 kes import BWN tiba dari India 1 kes import BWN tiba dari Qatar SELANGOR - 2 1 kes import BWN tiba dari India 1 kes import BWN tiba dari Indonesia SARAWAK - 1 1 kes WN saringan pra pembedahan

Image



Status terkini COVID-19 setakat 29 Ogos 2020

Jumlah discaj baru: 8 Jumlah kumulatif discaj: 9038 (97.0%) Jumlah kes baru; 11 Jumlah kumulatif: 9317 Jumlah kes aktif: 154 Jumlah kematian: 0 Jumlah kumulatif kematian: 125 (1.34%) Jumlah kes di ICU: 8 Pesakit intubated: 6


Image

Image

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED