Translate

28 August 2020

PPM Tawau tahan 11 pendatang haram sembunyi di kebun pisang


BERNAMA

27/08/2020 08:18 PM

TAWAU, 27 Ogos -- Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 11 pendatang haram termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang menyusup masuk ke daerah ini melalui perairan Tawau dan bersembunyi di sebuah kebun pisang di Kampung Tawau Lama di sini, pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau DSP Mohd Nazari Ismail berkata lapan lelaki, dua wanita dan kanak-kanak itu yang berumur antara dua hingga 45 tahun ditahan dalam serbuan Ops Gelora Khas pada 5.30 pagi.

"Kumpulan pendatang warga Indonesia itu benar-benar terkejut dengan serbuan pihak berkuasa di tempat persembunyian itu. Mereka ini disyaki baru sahaja tiba di kawasan berkenaan dan sedang menunggu pengangkutan untuk ke lokasi masing-masing," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan awal mendapati 10 individu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi memiliki pasport, dan kesemua mereka kemudiannya dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk pemeriksaan serta tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau meminta komuniti maritim menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada PPM Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-2831197.

-- BERNAMA

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Malaysia's digital investments hit record RM163.6 ' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Oscars 202' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '3 Miss Malaysia Who Didn't Get Their Happily Ever ' 22 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Lebih 20,000 murid sekolah terima tajaan makan ten' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'bestfbkl.blogspot.com' 34 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kerajaan komited perkasa ekonomi usahawan India - ' 35 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'PATHETIC Manchester United fall to Fulham on Penal' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Oscars 202' 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Oscars 202' 37 mins ago
A visitor from Phoenix viewed 'Kerajaan komited perkasa ekonomi usahawan India - ' 38 mins ago