Translate

28 August 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases-10 (Imported -8, Local-2), Active Cases-151, Total Cases-9306 | Total Deaths- 125


Terkini #COVID19Malaysia 28 Ogos
Kes sembuh= 36 Jumlah kes sembuh= 9,030 Kes positif= 10 (kes import=8, kes tempatan= 2) Jumlah positif= 9,306 Kes kematian= 0 Jumlah kes kematian= 125 Kes dirawat di ICU= 8 Bantuan Alat Pernafasan= 6

Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia


STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 36 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,030 kes (97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 28 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 10 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,306 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 151kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, lapan (8) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara satu (1) warganegara Malaysia dan tujuh (7) bukan warganegara. Lapan (8) kes import tersebut adalah dari negara:i. India (5 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2 kes di Selangor); danii. Filipina (1 kes di Sarawak).

Daripada dua (2) kes penularan di dalam negara, satu (1) kes adalah warganegara Malaysia dan satu (1) kes bukan warganegara. Kes warganegara Malaysia yang dikesan di negeri Kedah adalah daripada saringan bergejala. Manakala kes bukan warganegara yang dikesan di negeri Selangor adalah kes saringan tahanan yang merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil. 

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 

PENULARAN COVID-19 DI LUAR DAN DI DALAM NEGARA

Tren kejadian jangkitan COVID-19 di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa dipantau rapi bagi memastikan tindakan kawalan bagi mencegah penularan jangkitan dalam negara Malaysia diambilsegera. Kawalan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Negara dipertingkatkan di mana semua pengembara yang tiba di PMA Negara akan melalui proses saringan kesihatan, pengambilan swab bagi ujian COVID-19, memuat turun aplikasi MySejahtera dan menjalani self-quarantine di stesen kuarantin selama 14 hari. 

Sehingga 27 Ogos 2020, daripada 106,793 pengembara telah tiba di Malaysia, sebanyak 904 kes dikesan positif COVID-19 (kadar positiviti sebanyak 0.85%). Daripada 904 kes yang dikesan, tiga (3) negara yang mencatatkan kes yang tertinggi adalah daripada negara Indonesia iaitu sebanyak 295 kes (32.6%), diikuti dengan negara Mesir 93 kes (10.3%) dan negara Singapura 70 kes (7.7%). Malaysia akan terus memperketatkan aktiviti kesihatan awam yang dijalankan di PMA Negara bagi memastikan jangkitan COVID-19 di luar negara dapat disekat.

Bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 di dalam negara, masyarakat Malaysia perlu bersama-sama memainkan peranan masing-masingkerana ini merupakan tanggungjawab sosial setiap individu. KKM menggesa masyarakat agar terus mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan setiap masa. Mengambil kira sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan pada 31 Ogos 2020, cuti hujung minggu ini adalah panjang. Justeru, masyarakat disarankan untuk mengelakkan sebarang perhimpunan besar-besaran dan mengikut norma baharu. KKM juga ingin menekankan bahawa pemakaian alat pelitup muka (facemask) adalah diwajibkan di tempat yang sesak dan sempit oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020, terutamanya sekiranya penjarakan fizikal (physical distancing) sukar diamalkan. 

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM berharap orang ramai agar kekal waspada dan terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:• Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit(Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).• Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:o Elakkan bersalaman / bersentuhan;o Amalkan etika batuk dan bersin;o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharuiaitu:• S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);• O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;• P : Penjarakan fizikal (physical distancing)diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS032
KEDAH1213
PULAU PINANG0136
PERAK0269
SELANGOR3 (2)2,164
NEGERI SEMBILAN01,034
MELAKA0262
JOHOR0751
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0417
SARAWAK1 (1)697
W.P. KUALA LUMPUR5 (5)2,565
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN10 (8)9,306

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PERINCIAN KES BAHARU (10)
KL - 5 4 kes import BWN tiba dari India 1 kes import WN pulang dari India SELANGOR - 3 1 kes BWN saringan tahan 1 kes import BWN tiba dari India 1 kes import BWN tiba dari Indonesia




SARAWAK - 1 1 kes import BWN tiba dari Filipina KEDAH - 1 1 kes WN saringan bergejala

Image

Image




2 daerah bertukar kepada zon kuning hari ini;

1) Hulu Langat, Selangor 2) Padang Terap, Kedah. Kes positif di Kuala Muda dan Baling (Kedah) masing-masing menurun ke 21 dan 8 kes berbanding 28 dan 12 kes pada 27 Ogos.

Image

Image






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED