Translate

27 August 2020

Richiamo Coffee merancang untuk membuka 10 lagi cawangan di Malaysia

RICHIAMO COFFEE DI KHORA BUKIT ANTARABANGSA




BERNAMA
26/08/2020 03:54 PM


KUALA LUMPUR, 26 Ogos -- Syarikat tempatan, Richiamo Coffee Sdn Bhd merancang untuk membuka 10 lagi cawangan di Malaysia menjelang hujung tahun ini selain mengintai peluang pasaran di luar negara, menurut Pengarah Urusannya Muhamad Zamry Abu Samah.

Beliau berkata ketika ini, lima outlet berkenaan telah menjalani kerja-kerja pengubahsuaian, manakala lima lagi dalam peringkat perbincangan untuk dibuka menjelang akhir tahun ini.



Katanya, setakat ini syarikat itu mempunyai 25 cawangan di seluruh negara termasuk di institut pengajian tinggi, stesen minyak dan pusat membeli-belah.

Muhamad Zamry berkata pihaknya turut merancang mengajak lebih ramai anak muda menceburi bidang keusahawanan menerusi perniagaan Richiamo Coffee.

"Anak-anak muda yang baharu tamat belajar di universiti, kita akan beri peluang untuk yang ingin menjadi usahawan," katanya semasa ditemui pada Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Bernama di sini hari ini.


Menurut Muhamad Zamry, syarikat milik bumiputera sepenuhnya itu memulakan perniagaan pada 1 Sept 2016 di Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah.

Ia menawarkan lebih 30 resepi kopi premium di samping hidangan pastri pada harga yang berpatutan.

Sementara itu, Muhamad Zamry berkata Richiamo Coffee turut merancang membuka cawangan di luar negara dan telah mengadakan perbincangan dengan Singapura, Myanmar dan Bangladesh.


Walaupun perbincangan tersebut tidak dapat diteruskan pada waktu ini akibat penularan COVID-19, beliau berkata syarikat itu akan berusaha mencapai sasaran itu.

"Dari segi persaingan, (kita) mampu bersaing kerana strategi kita adalah harga yang mampu milik. Rasa dan kualitinya setanding jenama-jenama antarabangsa," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 3 hrs 34 mins ago