Translate

25 August 2020

Seorang mekanik didakwa rogol gadis bawah umur (1 Video)

Mengaku Tidak Bersalah


Mekanik didakwa rogol gadis bawah umur

Astro Awani


25 Ogos 2020

BUTTERWORTH: Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian pada 8 Ogos lepas.

Tertuduh Muhammad Amar Zahid Noor Azhar, 19, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Noorhayati Mohamad Yunus.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di atas tilam dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Permatang Sungai Dua, di sini pada jam 2.30 pagi 8 Ogos lepas.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan untuk kesalahan tersebut.

 Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Lim Saw Sim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes disebut semula pada 23 September sementara menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa.

Source : Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar ke' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 2 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''DEFIES LOGI' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'e-Ansuran LHDN boleh diakses di portal MyTax | BES' 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasu' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis bongkar makmal dadah, rampas RM14.46 juta | ' 25 mins ago