Translate

26 August 2020

38 murid dan 6 guru terselamat dalam kebakaran tabika di Tawau (1 Video)


Tadika PASTI Tawau terbakar

 


44 murid dan guru terselamat dalam kebakaran tabika di Tawau 

Astro Awani

26 Ogos 2020

TAWAU: Seramai enam orang guru dan 38 murid terselamat dalam satu kebakaran blok bangunan dua tingkat Tabika Pasti Nurul Hannani di Jalan Kuhara, Tawau pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, keadaan menjadi kelam-kabut selepas bangunan tabika itu terbakar sewaktu sesi pembelajaran sedang berlangsung.

Kesemua murid berjaya diselamatkan oleh guru-guru tabika tersebut dengan bantuan penduduk yang berada di lokasi.

Murid-murid tabika berkenaan dikumpulkan dihadapan pagar Sekolah Kebangsaan Jenis (Cina) Yuk Chin yang berdekatan dengan lokasi kejadian.

Jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 2.06 petang sebelum menggerakkan 15 anggota dan pegawai dengan diketuai pegawai bomba kanan 2, Zougarana Konin dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau dengan kekuatan logistik sebuah jentera FRT, sebuah trak water tanker, sebuah van penyelamat EMRS dan sebuah kenderaan utiliti pelbagai guna.

Setelah tiba di lokasi kejadian, dengan jarak 6 kilometer, didapati bangunan tabika separuh kekal itu telah musnah dijilat api.

Walau bagaimanapun, api dapat dikawal daripada terus merebak pada jam 2.30 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.30 petang.

Kebakaran tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa, manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Source : Astro Awani



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED